Doa untuk Ibu Bapa.

5/06/2011 05:05:00 PM

Assalamualaikum wbt..

Dihari Jumaat yang mulia ini, dan juga sempena Hari Ibu yang mendatang, Lin nak kongsikan disini apa yang Lin baca dan juga apa yang patut dipertanggungjawabkan seorang anak itu untuk berdoa kepada Ibu Bapa nya..Setiap doa kita kepada mereka memberi berganda2 pahala dan terbukanya Syurga buat mereka dan juga kita..Sama2 kita amalkan...
Dipetik dari Halaqah.


-DOA UNTUK IBU BAPA-


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...




P/S: Amin Ya Rabbal Alamin...:)

With Love

You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. entry yang bagus dikongsi bersama2

    selamat hari ibu untuk sis lin,.. eik, ada lihat tak entry ayu buat khas untuk sis lin dan ben?

    ReplyDelete
  2. Amin...
    Selamat Hari Ibu....:-)

    ReplyDelete
  3. N3 yang boleh membuatkan hati ieta sejuk dan berbungga2.
    Selamat Hari Ibu buat semua Ibu2 di Malaysia. terutamanya buat Ibu Ieta. Hashimah

    ReplyDelete
  4. Ayu: Hepi Mother's Day Ayu...:)

    O ye sis ada baca cuma smlm tak boleh komen, bukak guna HP..hehehehhee

    thankx Ayu :)

    ReplyDelete
  5. Ummi: Selamat hari ibu juga buat Ummi..:)

    ReplyDelete
  6. Mamaleta: Selamat hari ibu bt Mamaieta ye... :)

    Aminnn...

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.