Breaking

Monday, April 15, 2013

SAMSUNG S3 UNTUK SI 'DIA'.

Assalamualaikum wbt...

Hurmm anak2 sekarang boleh dikatakan beruntung dan bertuahlah kan, nak apa mintak jer, dapat pulak tu bukan yang biasa2 pulak, mintaknya pun yang tinggi2, nak up to date..kalau tak belikan muncung sedepa mulut...huhuhu
Tapi takpelah, bukan nak manjakan tapi selagi mampu nak belikan layan aje la, lagipun sebab telefon yang sedia ada dah buat hal dan rosak, cuma esok2 kita ni dah tua, sendiri mau ingatlah, kalau anak tak ingat at least anak tak cakap kita tak peduli dia..apa nak semua kita beli, kita sebagai ibubapa mampu berdoa aje, esok tua mereka anak2 ni ingat kita..kannn..
Dan pilih punya pilih, belek punya belek, akhirnya yang mampu dibelikan hanya Samsung S3 sahaja. Bersyukurlah wahai anak, handphone tu pun sekadar perantara untuk berhubung, tak payah nak canggih2 sangat, sekali cuai jatuh, berderaiiiiiiiiiiiiiiiiiii....
Kalau yang mampu tu boleh le amik iPhone5 ke Z10 ke atau tunggu s4 ke...ermmm
*Jangan pandang orang luaran mewah belaka, tapi bagai di kata besar periuk besar le keraknya..jadi sekadar yang mampu...




Terdapat 5 funsi pintar baru dalam peranti pintar kali ini antaranya dimuatkan dengan fungsi Smart Stay, Direct Call, Smart Alert, Social Tag serta S Voice.

1. Dalam fungsi Smart Stay peranti ini boleh mengetahui pergerakan mata anda. Bermaksud jika mata anda melihat pada skrin cahaya pada skrin anda akan menyala dan bila mata anda tidak melihat pada skrin.. cahya pada skrin akan menjadi malap.

2. Sokongan fungsi Direct Call pula, pengguna tidak perlu mencari butang panggilan untuk membuat panggilan ketika sedang menggunakan sistem SMS malah hanya terus letakkan smartphone ke telinga anda dan smartphone tersebut secara automatik akan membuat panggilan untuk anda. Bagus betul, sesuai untuk saya yang malas type masej..

3. Smart Alert pulak berfungsi untuk mengingatkan pengguna jika pengguna tidak perasan ada masej atau sebaliknya. Jika anda meninggalkan smartphone anda seketika dan terdapat panggilan dan masej dan kembali semula ke smartphone anda, ia akan bergetar untuk membiarkan anda tahu bahawa anda telah mesej yang menunggu, tanpa anda walaupun mempunyai menghidupkan skrin.

4. Fungsi Smart Tag yang paling saya minat. Hanya klik pada gambar kawan anda dan memasukkan butiran kenalan mereka pada telefon anda. Apa yang anda lakukan kemudian klik pada mereka, dan tekan butang yang berkaitan.

5. Fungsi S Voice membolehkan pengguna memberi arahan suara kepada smartphone untuk membuat suatu pilihan menu tanpa perlu mencarinya. Sebagai contoh untuk update status Facebook.. arghhh makin memalaskan saya la gamaknya.








P/S: Jaga elok2 pakai elok2 cermat2 ye Kak..hehehehe...



2 comments:

  1. untungnya jadi anak.. nak jadi anak akak jugak boleh? hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..