Saturday, January 11, 2014

ASAM PEDAS KEMBONG BUNGA KANTAN

Assalamualaikum wbt..

Kalau sebut asam pedas, bak kata Mat Gebu, ada aku kesah! Dah namanya orang Johor, dalam seminggu mesti nak ada masak asam pedas, silap2 selang 3 hari asam pedas tau..
Asam pedas kalau nak tau, nilah lauk paling jimat dan muai orang kata, sebabnya, kalau masak banyak, dipanas2kan sampai keesoknya, makin lama makin sedap tau, cecah plak dengan lempeng atau roti bantal, perghhhh bersila terus kaki wa cakap lu...heheheh
Kali ni Lin share masakan Lin asam pedas bunga kantan, guna ikan kembong, apa2 ikan atau ayam pun bole, janji ada bunga kantannya.. Anak2 kalau makan asam pedas, memang angkat pinggan hirup hehehe baik yang lelaki baik anak pompuan, dengan mak paknya sekali..kakakakah..
Ok jom semak resepi yang tak seberapa ni, simple2 aje ye..
Selamat mencuba :)


*Gambar tak senonoh, ekor ikan sampai terjelir hahahaha


Bahan-bahannya:

Ikan kembong yang telah di bersih dan dipotong beberapa bahagian.
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
2 biji buah keras
Sedikit halia
Belacan
2 batang serai
1 1/2 cawan cili kering yang telah di kisar
asam jawa yang gaul bersama secawan air.
Daun kesum secukupnya
4 batang bunga kantan di belah dua
Garam secukup rasa

**Bendi ikut suke kalau mahu..

Cara-caranya:

Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, belacan, halia, buah keras dan serai sehingga hancur. Kisar sehingga betul betul halus dan hancur.
Kemudian masukkan sekali cili kering yang di kisar terlebih awal. Kisar kan sekali lagi ke semua bahan dan pasti telah halus dan licin.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Bila minyak telah panas tumiskan bahan2 yang di kisar tadi dan masak sehingga bahan2 tadi telah masak sempurna.
Masukkan air asam jawa bila bahan kisar tadi telah masak dengan sempurna. Masukkan air secukupnya anggaran banyak mana isi ikan. Kalau nampak pekat sangat, masukkan sedikit lagi air sehingga rasa kuah mengikut cita rasa kita. 
 Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
 Masukkan daun kesum ke dalam kuah tadi bersama dengan sayur bendi dan biarkan seketika barulah di masukkan sekali bunga kantan ke dalam kuah . Biarkan bahan2 tersebut masak sehingga lembut.
Masukkan isi ikan ke dalam kuah. Masukkan garam sekali dan biarkan ianya mendidih dan ikan masak sempurna. 
 Siap..dan hidang... 





P/S: Menulis entri respi tapi dalam kepala fikir nak masak apa esok ye..ermmmm...


0 Orang Komen:

Post a Comment

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com