Saturday, January 04, 2014

BAHAYA MINYAK MASAK

Assalamualaikum wbt...

Minyak masak cap apa kamu pakai dan guna? Lin dulu2 guna minyak cap buruh tapi sejak hubby kena serangan jantung Lin dah guna Vsoy atau minyak zaitun untuk menumis, minyak cap buruh tu untuk kengunaan kecemasan je tersimpan hehehe..
Petang semalam duduk membelek surat khabar utusan on9, tetiba terbaca pulak artikel pasal 'Bahaya Minyak Masak' ni, ermm memang bahaya la kalau kita tau guna tapi tak tahu bahaya tersalah guna..Jadi Lin nak share bahan bacaan ni dengan pembaca semua, cuma disini Lin kasi copy bagi ringkas, nak baca sepenuhnya nanti klik link kat bawah tu ye.....


Antara kandungan artikel secara ringkasnya...


Semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. 
Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.

Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.

Oleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak diguna pakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.
Sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.

Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.
Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.
Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang..


© Utusan Melayu (M) Bhd





P/S: Uiiii bahayanyaa kann...nak jimat atau nak cegah dari sakit? Pilihan di tangan anda..


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..