Thursday, October 16, 2014

KUIH LAPIS MAK CIK ROSNAH

Assalamualaikum wbt..


Yerr Kuih Lapis Mak Cik Rosnah (Mak aku) bukan kuih lapis Mat Gebu hehehehe..
Dek kerana anak dara Lin si Naz tu tengah cuti sem, makanya dia dera mintak atuknya dengan ngidam2nya nak makan kuih tu la, nak makan itu la, nak makan ini lah, macam2 ajee dia order gan atuknya, dan atuknya layankan ajer...
Kelmarin tengah hari lepas hantar anak aku, Amat tu ke sekolah, terus ke rumah Mak, siap2 beli tepung gandum dan santan kelapa mak pesan, sebab nak buat kuih lapis tu..ermm
Mak aku ni kalau buat sesuatu, pantas kilat cepat aje siap, kowang order hari ini, kalau bahan2 semua cukup, terus macam lipas kudung dia ke dapur buat keje. Aku pun salute kat Mak aku taww! dia tak suke kerja tangguh2 ni, katanya kerja tangguh2 ni buat semak kepala jerr...lembab! *terasa i tau!!

Bancuh2 godak2 lapis2 kukus2, taraaaa siap sudah..erkkkk, tak sempat nak nengok salin resepi, tau2 dah siap jekk, so kowang jangan mintak resepi yer, memang takde resepi..
Lagipun memang aku dapat tengok Mak buat kuih ni sekejap je, sebab hubby col aku suruh ke hospital (KPJ JB) dia nak buat check up, dah berapa hari dia rasa tak selesa dadanya sakit, tu yang aku kelam kabut terus je siap, dan terus menuju ke hospital teman hubby kat sana. Dalam jam 6pm baru settle semua, dan aku patah balik ke rumah Mak amik anak aku,Naz, tau2 Mak dah siap dan siap bekalkan lagi bawak balik kuih lapis ni..sayanggg Mak...
Lagipun dia bekalkan sekali untuk anak aku,Amat dan juga hubby aku..
Sapa suka makan kuih lapis? Sila komen..hehehehe




Sapa yang nak cuba resepi KUIH LAPIS, bole cuba resepi kat blog yang INI yer..ada macam2 respi kuih lapis kat situ hehehe..kalau nak resepi Mak Cik Rosnah ni, nanti2 la yer aku mintak dan salinkan.. :p







P/S: Suka makan kopek selai selai kuih lapis tu hahahaha *sapa buat macam tu juga? Baik ngakuuuu!


2 comments:

  1. Suka...suka...suka...terasa kelembutannya, dh tu suka makan 1 layer 1 layer smpi habis.....ermmmm...sedapnya...tp nk buat x rajin. Boleh?

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..