Friday, October 17, 2014

MENEGANGKAN PAYUDARA

BY Sis Lin IN , 1 comment

Assalamualaikum wbt...


Menegangkan payudara
Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Mari kita cuba petua2 ni, mudah2an ianya berkesan..
Dengan izin dariNya...InsyaAllah ..


Petua 1
Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. 
Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. 
Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. 
Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. 
Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. 
Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. 
Bersama-samalah kita amalkan.

Petua 2
Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. 
Ramas labu tersebut tika masih suam. 
Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. 
Lakukan 2 kali seminggu.

Petua 3 
Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. 
Buat 3 kali seminggu.

Petua 4 :
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. 
Insyaallah mujarab.


Image dari Google

Selamat mencuba menegangkannya..hehehe
Info kredit dari SINI 






P/S: Kalau rutin aku senang jer, amalkan selalu exercise kembang kuncup lengan tu..*alaa ntah apa namanya tu..huhuhuh* tu je amalkan..heheh


1 comment:

  1. orang gi gym macam sis lin mesti kembang kuncup lengan selalu kan..ehhhh...hahahah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah membaca dan beri ulasan/komen..
Sebarang cadangan dan pendapat anda, amat di alu-alukan....
TQ..