KERABU MANGGA UDANG KERING GERAGAU

5/19/2018 04:06:00 PM

Assalamualaikum wbt..

KERABU MANGGA UDANG KERING GERAGAU | Salam 3 Ramadhan buat semua. Macam mana hari ini? Harapnya sihat dan amalan selama 3 hari berpuasa ni semakin bertambah yer. InsyaAllah alhamdulilah. Okay jadi hari ini masak apa tu? Belum ada idea atau dah siap masak? Sis harini cadangnya nak masak Sayur pecel, ikan caru masak kerutup dan juga telur dadar. Asam pedas ikan pari semalam ada lagi Sis simpan seketul, ingat nak makan sahur tadi, tapi dah makan murtabak sekeping (saiz sedang) jadi kenyang terus tak makan nasi pun pagi tadi. Suami Sis membebel, kang sakit perut la, gastrik laa, adeii Sis diamkan aje. Dia makan nasi pagi tadi he he he. 

Untuk hari ini Sis nak kongsikan masakan Sis semalam, Kerabu Mangga Udang Kering Geragau namanya. Boleh di katakan semalam ramai yang buat kerabu mangga, Mat Gebu pun ada, Mama Maszull pun ada, dan ada sorang lagi fren FB Sis, pun sama buat kerabu mangga. Agaknya hari kerabu mangga kot semalam he he he. Cuma kali ni Sis buat lain sikit, rencahnya di tumbuk dan Sis gaulkan dengan udang kering geragau. Tersangat sedap! hohohoho. Bahan dan cara pun sonang, kalau tak reti buat, sila terkup muka tu dengan periuk ha ha ha.


Kebetulan ke kedai semalam, jumpa mangga, tu yang datang idea nak buat.
Okay ini bahan utama, sebiji buah mangga, sedang-sedang masak. Mangga di hiris ya . Yelaa mestilah mangga, kalau betik dah jadi kerabu betik dik nunnn adoiiii..


Dan ini bahan-bahan untuk di tumbuk kecuali bawang besar, di hiris sahaja.
Bawang besar selabu, lada merah sebiji, cili padi 10 batang (ikut pedas masing-masing), sebiji bawang putih, belacan bakar sedikit, dan juga udang kering geragau. 


Ini haa rupa udang kering geragaunya. Sis beli ni kat Econsave aje, sepaket ada banyak saiz, harga lupa plak berapa rm. Kadang Sis buat cekodok pun letak udang kering geragau ni, sedap, lain dari yang lain. Goreng sayur ke pun letak, lagi-lagi kalau kangkung goreng belacan, lepas tu taburkan atasnya, perghhh ada umphh!!


Kesemua bahan tadi korang tumbuk lumat-lumat, atau ikut sukalah kalau taknak lumat. Kecuali bawang besar, kena hiris aja. Kalau Sis suka bawang banyak, lagi banyak bawang lagi sedap. Dan selepas tu, korang gaulkan bersama dengan mangga yang dah di hiris tu. Gaul sampai rata semuanya.
Kemudian baru masukkan udang kering geragau tu, gaul lagi. letaklah garam sikit, serbuk perasa sikit, dan juga kalau nak masam, perah asam limau sikit. Tapi Sis tak letak. Takut mangga tu dah masam. Ikut la citarasa memasing ya.


Dan inilah hasilnya. Memang meletop power rasanya, tu air tangan Sis laa, kalau korang buat tak tau laa rasa apa hehehe. Lain orang lain citarasa, dan juga bermacam resepi kerabu mangga ni, pandai-pandailah ikut kreatviti korang ya. 
Kalau nak buat betik, pun boleh, sama juga caranya, cuma nama je la dah tukar. kerabu betik. 

Teringin nak makan tauhu sumbat, nak kena cari ni, kalau nak buat, tunggu mood sampai . Beli aje pun dah okay, cuma nasiblah sedap ke tidak. 
Okay selamat menjamu selera ya. 






P/S: Boleh pulak Sahur tadi lupa nak makan kerabu ni, ada semangkuk kecil lagi, dah puasa gini terasa kecur plak buka peti ais hahahaha..


6 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulilah sedap @Normi, buat sendiri puashati..

      Delete
  2. sedap oi kalau ganding dengan sayur betik tadi...lepas tu ikan kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa macam-macam ko punya sedap tu @SitiRihaida, so kenalah ko buat ye hahahaha

      Delete
  3. bila nak sampai gelang patah ni heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa awak ni janganlah sedih-sedih @Hernee, nanti kita masakkan untuk awak yaa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com