Friday, June 01, 2018

BUFFET RAMADHAN 2018 HARGA BAWAH RM50

BUFFET RAMADHAN 2018 HARGA BAWAH RM50 | Salam Jumaat buat semua. Alhamdulilah harini sudah 16 hari kita berpuasa ya, masa cepat berlalu. Lagu raya pun dah berkumandang di radio. Kehangatan nak beraya dah terasa, gitu. Persiapan pun dah semakin siap ye korang? Bagus tu, beli awal-awal supaya senang nanti tak bersesak nak bershopping.
Sis ? Belum beli satu pun lagi. Lagi fikir untuk uruskan persiapan anak bujang yang nak masuk Politeknik tu dulu. Beli sikit-sikit tu ada laa. Biasa Suami yang urus hal persiapan raya-raya ni. Sis ikut aje.

Oh ya, nak tanya ni, Masih ada ke yang mencari-cari tempat nak makan berbuka? Mana taukan, ada yang dapat rezki lebih nak bawa yang tersayang makan di hotel. Sesekali apalah salahnya kan. Tapi masing-masing nak ikut budget nak yang harga murah. Ye Sis faham. Memang betul, kadang ada harga buffet ni, agak tinggi, tapi menunya tip top! berbaloi dengan harga membayarnya. Cuma kalau ikut budget satu family dengan anak-anak lagi, memang agak beratlah dengan harganya. 

Jadi untuk harini Sis kongsikan antara tempat makan hotel yang harganya di bawah rm50 sekitar Jb. Jadi bolehlah korang buat kira-kira untuk budget keluarga ya. Macam Sis kata tadi, sesekali setahun sekali apalah salahnya kan. Makan pun, sekali bayar, makanlah sebanyak mana nak makan. Kadang bukan apa, suka tengok anak-anak makan macam tak ingat perut, semua nak makan, macam setahun tak makan hahaha. Betul tak. Meh kita tengok ye.


R&R Bistro
Dewasa : RM45
Kanak-kanak : RM20 (4 – 12tahun)

Untuk tempahan : 0127999997 , 0177999948 , 0137219498 , 072327344


Hotel Sentral

Date : 18/05/2018 – 14/06/2018
Time : 6.30pm – 09.30pm Daily

Harga
Dewasa : RM44.90/seorang
Kanak-kanak : RM26.90 /seorang
Warga Emas : RM26.90 /seorang

For Reservations And Inquiries:
Tel: 010 8384 845 *Shira), 012 7128473 (Fizi), 010 913 1936 (Mida)


Hotel Seri Malaysia

Date : 19/05/2018 – 14/06/2018
Time : 6.30pm – 09.30pm Daily

Harga
Dewasa : RM45/seorang
Kanak-kanak : RM25 /seorang (5-12 tahun)

For Reservations And Inquiries:
Tel: 607-221 1002


Seven Oaks

Date : 17/05/2018 – 13/06/2018
Time : 7pm – 09.30pm Daily

Harga
Dewasa : RM45/seorang
Kanak-kanak : RM28 /seorang

For Reservations And Inquiries:
Tel: 607-338 3377


Okay ini aja yang setakat yang Sis tau, antara buffet ramadhan hotel yang harganya di bawah rm50. Mungkin ada lagi hotel lain yang menawarkan harga lagi murah, nanti Sis try search dan update ye. 
Apa-apa pun, ada rezeki, berkemampuan, bawalah keluarga tersayang. Jangan berkira ye, tapi berkira-kira boleh hehehe ye lah, nak makan nak bayar kenalah berkira-kira. Lagi nak raya ni, lagi banyak nak guna pakai duit, kalau rasa belum ada rezki, masak aje sedap-sedap kat rumah, makan bersama family, pun meriah. 





P/S: Sis tunggu anak-anak semua dah balik, cukup semua, barulah Suami bawa makan hotel, kalau tidak cukup sorang, memang Suami takkan bawa makan hotel. Tak seronok, nanti makan ingat kat anak katanya.


10 comments:

  1. Replies
    1. Kann @Shafyqah, bolehlah ada rezki nanti pergi ya..

      Delete
  2. Replies
    1. Ye @MarMansor, kalau ada rezekinya boleh pergi ..

      Delete
  3. Replies
    1. Oii area KL ko laa update @Retna oii hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Kann Kak @Seri, Saya nak pergi Sri Malaysia tu haaa..kawan pergi kata okat menu-menu dia..

      Delete
  5. Ni info yg sgt2 hebat. Memang susah nak cari buffet Ramadhan yg di bwh RM50. Mmg berbaloi bila bawa anak2 remaja sbb dorang yg kuat makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @SkinCareTerbaik, biasa harga mahal-mahal, kali ni kita uodate yang harga mampu beli...

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..