AYAM PENYET BEST MEMANG BEST

AYAM PENYET BEST MEMANG BEST | Siapa suka makan nasi ayam penyet? Kalau suka, samalah dengan anak sulung Sis, dia memang paling suka makan nasi ayam penyet. Rasanya semua tempat makan best nasi ayam penyet dia dah cuba. Tapi dia paling suka makan kat sini  Ayam Penyet Best, memang best! Tak taulah apa yang bestnya, dia kata sambalnya sedap, supnya sedap, nasinya sedap, so semuanya sedaplah hahaha. Itu tekak anak Sis. Kalau tekak Sis, biasa-biasa aje hehehe. 

Anak Sis ni, kalau bab makan yang viral-viral ni, dia mesti nak cuba, memang dia akan cari tempat makan yang jadi tumpuan orang. kalau tengok instagram dia, makan sesaje dia share, ada je tempat makan baru dia pergi. Pastu ngadu gemok, pipi dah macam pau hahaha. Sis layankan ajelah. Mak tumpang sekaki, maklum sejak-sejak dah aktif menulis ni, mana anak ajak makan, emaknya tumpang review amik gambar, pastu jadilah entri, macam entri ni hahahaha. 


Restorannya terletak di Adda Heights. Dekat-dekat dengan Masjid Bandar Dato Onn dan Jusco Dato Onn. Senang cari, guna aja waze, mesti sampai. Besar kedai makannya. kalau nak buat gathering ke apa ke, memang muat le masuk ramai-ramai. Sejuk mata memandang, sebab serba serbi hijau kedainya hehehe. 


Suasana dalam kedai. Hijau kan. Pada siapa-siapa suka hijau, mesti suka hehehe. Servisnya cepat, pelayan ramah mesra dan tempatnya berhawa dingin. 



Ni dia Ayam Penyet Best atau lebih biasa panggil Nasi Ayam Penyet. Cukup sifat semua. Ada ayamnya, sambalnya, ulamnya, supnya dan nasi juga. Kalau anak Sis makan, memang dia akan minta bahagian paha. Korang boleh bagitau pelayan masa amik order, kot kalau korang nak bahagian ayam mana. 
Kalau tanya sedap ke tak, kan dah kata, anak Sis kata sedap, maka sedaplah hehehe.


Sis haritu tak makan nasi, Sis order Mee Hoon Bakso. Boleh tahan baksonya. Sedap, terasa bakso bukan rasa sup-sup kosong je, memang betul rasa bakso. Ni serius cakap, bukan bodek-bodek. Makan pula curah sambal kicap dia, uii sedap uii. Cubalah. 

Oh ya , ada juga menu-menu lain yang di sediakan, korang boleh lah pilih menu yang ada selain nasi ayam penyet ni. Asam Pedas pun ada tak silap. Tapi Sis tak pernah cuba. 
Korang boleh cuba dan review sendiri. Lain orang lain citarasa dan rasa tekaknya. Jadi korang cubalah yer. 
Bertempat di :

Ayam Penyet Best 
No. 72-G, Jalan Adda 7, Taman Adda Heights (9.02 km)
81100 Johor Bahru

Di buka dari jam 11am hingga jam 11pm.
Call : 018-962 6268

Facebook : Ayam Penyet Best 






P/S: Kadang kalau layankan anak cari tempat makan, sampai jauh-jauh perginya. Kalau ada Ayahnya, Ayahnya pun layankan hehehe. Janji anaknya happy tummy :) 


18 comments:

  1. wahh.. tgk ayam penyet tu nampak sedap la sis.. sambal dia pun nampak sedap.. dilah ni pun suka sgt makan ayam penyet.. kena try pegi makan kat kedai ni nampaknya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Ibu Dilah kalau anak Sis memang suka, dah 3/4 kali dah makan kat sini. Dia kata ayamnya dan sambalnya sedap..Nanti Dilah cubalah, tengok tekak Dilah pulak macam mana..

      Delete
  2. teringat zaman2 dulu makan ayam penyet. hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Shaizhar, kita makan kat Bestmart hehehe. lama juga aku tak makan kat sana tau..huhuhu

      Delete
  3. dah lama dah tak buat ayam penyet, nampak gambar cam nak buat jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak @Ina, Sya tak pernah buat, nak juga try buat nanti..tapi takut tak menjadi tang sambal tu..

      Delete
  4. mcm sedap je..boleh la plan jjcm kat sini pula..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Siti Siziana, tempatnya lapang dan luas, kalau bawa anak, tak risau laa, sebab tempatnya lapang.

      Delete
  5. MACAM BEST JE NI KAK,NANTI BOLEH LER I SINGGAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best @Siti Rohaida, nanti trylaa, tapi tak taulah tekak ko macam mana hehehe. Jom nanti kita test hehehe

      Delete
  6. Tak pernah makan kat sini. Sejak Iman dah tak tuition area sini, memang dah jarang ke Adda Height ni kalau tak dulu tiap minggu mesti dtg sini.
    So far, ayam penyet yg best akk pnah mkn di Taman Kempas, nanti cuba ajak kakak ke sana, best ke tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Kak @Seri pernah makan sini ya, kalau tekak Akak okay ke tak? Kalau anak Lin suka benar kat sini.
      Waa boleh cuba tu, nanti anak balik nak bawa try situ plak..

      Delete
  7. Aduhai, i love ayam penyet. But if saya ke Johor, saya akan cuba restoran ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes @Fadhilah, mesti cuba, sedap nasi ayam penyetnya, kedainya pun selesa..

      Delete
  8. dalam paradigm pun ada ni, pernah makan dengan ibah..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada @Sunah, baru ada sejak Paradigm bukak, tapi kalau dr uma Sis jauh le, yang sini dekat sikit hehehe

      Delete
  9. dulu tak pernah rasa nak makan nasi ayam penyet..tak tahu kenapa.. bila dah try oohhh sedap rupanya..hehehe blh cuba la kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke ? Kalau nasi ayam penyet memang menu kegemaran Sis sekeluarga, kecuali Suami, tak berapa gemar @Hernee..hehehe

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..