FILEM HANTU KAK LIMAH KETAWA PECAH PANGGUNG DI BUATNYA

8/18/2018 08:37:00 AM


FILEM HANTU KAK LIMAH KETAWA PECAH PANGGUNG DI BUATNYA | Hantu Kak Limah (HKL) merupakan movie ketiga dari franchise movie Kak Limah di bawah arahan Mamat Khalid. Masih lagi mengekalkan Delimawati dan Awie sebagai pelakon utama dan beberapa watak sampingan yang lain. Cuma movie kali ni ramai juga yang buat kemunculan khas antaranya Erra Fazira, Dato’ Seri Vida, Mus May, Jue Aziz dan lain-lain. Sejak ditayangkan, movie Hantu Kak Limah berjaya mengutip RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip :
Pelakon : Delimawati, Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa, Man Kadir, Zami Ismail, Ropie Cecupak, Azwan Annuar, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Sabri Yunus
Genre : Komedi/Seram
Durasi Tayangan : 96 minit
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Syarikat Produksi : Astro Shaw , Infinitus Productions


Korang dah tengok tak? Adoii Sis masih terbayang-bayang betapa kelakarnya cerita Hantu Kak Limah (HKL) ni. Sis kebetulan masa pergi tengok semalam, pergi dengan kawan Sis, yang memang kaki gelak terbarai punya. Sekali tengok, dari mula sampai ke sudah cerita, gelak tak sudah hahahahaha. Adeiii pestime tengok cerita kelakar sampai keluar air kencing mata hahahaha. 
Sangat-sangat kelakar okay! Korang mesti tengok.

Tahnihlah buat Mamat Khalid yang telah menyediakan sajian filem hantu seram kelakar ni. Memang sesuai kalau siapa-siapa yang stress dan kebuhsanan kesepian, pergilah tengok cerita ni, kompom lepas tu, hilang segala stress korang hahaha. Sis nak cerita pun susah nak cakap macam mana, korang pergilah tengok sendiri ya. Yang pasti nak bagtau, kalau tiket dia rm50 sekalipun, memang tak rugi tengok!! 
Boleh ulang tengok sampai tiga kali okay. 
Paling suka kemunculan Mus May tu, aisehhh rock steady ar lu !!! hahahahaha 


Meh baca sedikit sinopsis ceritanya. Nak tau lagi sila ke panggung berdekatan. 

Mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton, (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropie Cecupak) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. 

Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha ustaz Solihin menemui kegagalan. Mereka berlima akhirnya mengetahui bahawa roh Kak Limah yang telah mengganggu Kampung Pisang. Keesokkan harinya, jenazah Kak Limah selamat dikebumikan.

Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut.

Akibat dari kekecohan ini, tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku. Roh tersebut telah disumpah menjadi rupa yang asal iaitu milik Nor Aini. Nor Aini merupakan adik kepada Eton yang jatuh cinta terhadap Khuda. Mereka berkahwin tetapi Khuda telah melanggar syarat dengan membawa Nor Aini turun ke alam manusia tanpa pengetahuan dari ayahnya sendiri. Kehidupan di alam manusia tidaklah semewah semasa dia tinggal di alam bunian.

Nor Aini menjadi tidak waras sehingga membuatkan Khuda menyoroknya ke dalam kebun. Khuda telah mencurangi isterinya. Dia berkahwin dengan Kak Limah. Ini membuatkan Nor Aini begitu marah dan membalas dendam sehingga menyebabkan Kak Limah meninggal dunia. Ayah bunian (Mus May) telah memberi amaran kepada Husin bahawa dia juga tidak boleh berkahwin dengan Eton agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Rombongan orang bunian akhirnya membawa semula Nor Aini pulang ke pangkal jalan. Keesokkan harinya, Nor Aini bersama-sama tiga rakannya yang lain telah mengingkari arahan ayahnya dan turun ke alam manusia sekali lagi untuk mengganggu Husin, Wani, Khuda dan Yeh.

Sumber Wikipedia 






P/S: Lama sangat Sis tak tengok wayang, biasa tengok bila Suami ajak. Last tengok dengannya cerita Transformer 3 rasanya.Haaa berapa lama daaa.hehehee. 


You Might Also Like

12 Comments

  1. Replies
    1. Kannn Kak @Seri, sampai dua kali i tengok hahahaha

      Delete
  2. kemain..gelak jangan sampai terkencing hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, memang kelakar gileee @Hernee oii hahahaha

      Delete
  3. HKL ni memang dari dulu lagi famous. bila ada sambungan macam ni mesti ramai yang nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn wataknya oun sama Delimawati. Memang yang kali ni ketawa tak henyi @Khazami hahaha

      Delete
  4. tengah target nak tgk filem ni. ingat nak bawa anak-anak masa cuti sekolah ni. kalau pergi masa hujung minggu sure penuh punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi pagi Tuan @Hasrul, sebelum jam 1pm, harga tiket murah.waktu cuti sekolah, penuh panggung ...

      Delete
  5. baca sinopsisnya memang menarik.tak dapat banyangkan gelak barai..tapi kalau dah semua dalam panggung tu gelak tak perasan dah sapa yang gelak terbarai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbarai gelak tu sampai nak terkencing menahan @Mar hahahahaha

      Delete
  6. ramai yang kata best ni...hadoii..kena tengok jugak la macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best @ROhaida, jommm le aku teman hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com