ENGKAU INGAT HARINI DIET ESOK KURUS KE?

10/17/2018 02:03:00 PM

ENGKAU INGAT HARINI DIET ESOK KURUS KE? | Wahai kakak-kakak, adik-adik, abang-abang dan juga makcik-makcik, cubalah berfikir secara logik, mana ada orang yang berdiet harini esok terus kurus, ada ke? Sapa? Meh sini nak jumpa. Dan juga pepandailah sebelum bercakap tu jaga hati dan perasaan orang lain. Jangan sesedap mulut bercakap macam takde lidah. Ye Saya tau Saya gemuk, tapi kot ye pun nak sound tu cubalah beralas sikit, bukan main tengok gambar Saya makan sana sini terus nak melabelkan orang tu 'patutlah gemuk'. Bangga diri ke bila tengok orang lebih gemuk dari ko? 

Kita ni badan bukan sama dengan orang lain, sendiri punya badan mesti kita tau macam mana kan. Kadang kau diet lah macam mana, kau tahanlah makan macam mana pun, tapi kalau badan tu memang nak gemuk berisi, dah tak boleh nak buat apa. Takkan semata nak kurus, kau sanggup nak perabis wang semata? Beli ubat sana sini, pergi pusat kecantikkan sana sini, tapi hasilnya? Yee mula ye nampak beza, dah lama tu? Gedebab gak, betul tak? Ni dah banyak berlaku depan mata Sis. Kawan beli ubat memahal ko, telan pagi malam, perghh kuruslah memang, lepas tu kewangan bergegar, tak mampu nak maintain beli ubat, haa amekkaw naik gile badan dia. Kau nak macamtu? 

Betul, dia ada usaha nak kurus, sanggup buat apa sahaja tapi korang fikirlah sendiri. Buat semata nak KURUS tu buat apa? Duit tu banyak lagi benda lain kau boleh guna. Sedangkan nak suruh sumbang dalam tabung mesjid pun, seringgit pun kau susah ermm..beli ubat beratus beribu ringgit pun kau sanggup adakan..ermm . Tapi kalau kau mampu, apa salahnya, kau boleh cuba ya. 

Macam nilah.. gemuk ke kurus ke, yang penting sihat! Kau jaga makan, jaga kesihatan, insyaAllah kau sihat, walaupun kau gemuk. Jangan ingat orang kurus tu tak sakit ya, kekadang yang kurus tulah kolestrol kemain tinggi tau. Realitinya Sis je la, sebelum kena admit hospital tahun lepas gara-gara hypertension, Sis orangnya aktif bersukan, aerobik sana sini, siang dan malam, tidur pun takde masaalah, happy life TAPI saat Allah tu nak uji, sekejap aje, nampak sihat aktif, sekali kena serang tekanan darah tinggi. Mungkin penat sangat tapi bagi Sis amik ikhtibarlah, sebabnya Sis kurang rehat dan makan terabai.

Kau nak sihat, kau kena jaga masa makan, buat aktiviti sekadar kemampuan kau, jangan terlalu push dan ikut sangat kengkawan, orang lain daya ketahannya lain, kita buat apa yang kita rasa mampu. Tidur kena cukup. Sebab masa Sis aktif dulu, tidur malam jadi lambat sebab balik aerobik je dah jam 10pm lebih, balik rumah, duduk tunggu rehat sekejap, mandi solat, mau-mau jam 12am juga baru masuk tidur. Pagi pula seawal jam 5am dah bangun, urus anak sekolah. Memang tak cukup rehat.

Jadi buat yang suka nak menegur orang gemuk tu, berpadalah. Masaalah orang sebab gemuk kita tak tau, jadi nak menegur tu, fikir dulu, jaga hati orang terutama kalau si gemuk tu kawan kau. Kawan kau mungkin senyum aje, tapi kau tak rasa perasaan dia, mana kau tau, silap-silap kalau dia amik kesah apa yang kau tegur, dia jadi stress dan buat sesuatu di luar jangkaan, haaa siapa nak bertanggungjawab?? Cuba jawab!.

So kesimpulannya, pesanan Sis. Jaga diri sendiri, jaga kesihatan sendiri dan kalau nak pesan memesan ke atau nak menegur tu biar secara berhemah. Jangan main hembus je. Boleh? 
Sekian, maaf kalau ada yang terkesan :) 


Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :
Makan secara sihat
Tidak merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:

Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

Makan Secara Sihat

Nikmati pelbagai jenis makanan
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.







P/S: Sis lama tak DIET, Sis makan aje apa yang Sis rasa nak makan, rasa rugi kalau DIET, tapi kena beringatlah, cari detox untuk lawas pembuangan, jangan ko dah makan memacam, lepas tu tak berak sampai seminggu, uisss kemana pergi makanan tu ek..haa cuba fikir hehehe. Sis sehari 2x membuang hahaha.


You Might Also Like

16 Comments

  1. Fuyoooo marah sungguh bunyi nya tu sis... Kita gemok janji ada org sayangg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Retna, gemuk takde mengganu orang, tapi orang yang suka ganggu orang gemuk hahahaha

      Delete
  2. Pehhh. . Bukan main kuat hembusannya ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hembusannn berapi Kak @Seri hahahaha pussssss

      Delete
  3. kan sis dah marah..hehehehe...tak baik tau macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Rohaida, Sis ko ni susah marah tapi sekali dah marah, amekkawww hembusann angin belakang pun keluar sama hahahaha

      Delete
  4. hahhahahahahaa....jangannn mainn hembussss je.... gituu kentut kan aje dekat muka dia...baru dia tahuu wangi ke tidak..hhahahaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kalau nak hembus, jauh-jauh sikit ye @Farahain, makan telur angin hembus ko busukk gile hahahahahahaaaa

      Delete
  5. Tadi baca sambil baring..lepas tu terlelap..ni bangun sambung baca..hahaha

    Entah lah,kadang2 kawan2 ni tak sensitif benda body shaming ni..diorang ingat macam ok je nak kata orang lain gemok, lagi2 kalo kawan sendiri..padahal kawan tu da tersinggung makan hati dah..tak boleh ke just biar dia jadi diri dia sendiri? Kenapa nak paksa dia jadi orang yang kau nak?

    Eh geram pulak kitaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Sunah, dari dulu hingga sekarang, susah jadi manusia yang suka melihat fizikal manusia lain..
      Gemuk salah, kurus pun salah, aishhh susah laaa... *tepuk perut..

      Delete
  6. ooo ini ke yang buat sis gojes hilang mood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee @Mar, baik-baik nak keluar tak jadi patah balik rumah hahaha *sinopsis dari IG ...

      Delete
  7. hahaha..nak kurus kene usha,sabar..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Nadia, kurus secara original.. :)

      Delete
  8. hi hi hi...
    jgn marah2 :)
    diet ni perlu masa.
    and diet ni bukan la utk kurus semata2, kan lin.
    sihat tu yg penting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Aida, bukan semata nak diet untuk kurus, kadang diet tu sebab nak jaga kesihatan ..huhuhu pun kena kecam!

      Delete

Penafian .
Semua penulisan dalam blog AKU Sis Lin ini TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau teks Sis di salah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com