CONSOLATION PRIZE WINNER : #DUCTHLADYBREAKFASTCHALLENGE !!

Saturday, January 12, 2019

CONSOLATION PRIZE WINNER : #DUCTHLADYBREAKFASTCHALLENGE !! | Yehaaa horray horaay!! Memang tak sangka sangat boleh menang, dan tak terfikir nak menang pun. Sebabnya melihat kepada peserta yang masuk bertanding, semua hebat-hebat. Gambar mereka bersama dutch lady semua tahap pro! Sis ko ni hanya tangkap muat je, itupun dah last minit Sis amik dan buat tema terakhir dan snap gambar pun hanya di meja makan dapur sambil bersarapan. So memang tak mengaharaplah boleh menang. 

Syukur, itulah namanya rezeki, tuah ayam nampak di kaki, tuah Sis Lin, nampak di Dutch Lady katanya hehehe. Walaupun hadiah saguhati berupa wang tunai rm300, tapi kemenangan dan kegembiraan tu, terasa sangat berbaloi oii. Mana taknya, sepanjang pertandingan berlangsung hingga ke penghujungnya, Sis ko macam nak pecah kepala fikir props apa nak di amik gambar, siap beli alas makan tu haa kat Ikea rm6.90. Lepas tu fikir pulak nak buat sarapan apa, nasib tema last Fave Breakkie tu paling mudah dan senang. Dan seterusnya cari iedea pulak kena post kat blog. Memang tahap struggle Sis ko, tanya kawan-kawan Sis hahaha. 

Tapi dah namanya tanggungjawab, dan dah daftar sebagai peserta, perjuangan harus di teruskan dan di habiskan sehingga tamat. Maka selesailah kesemua cabaran 5 hari bersama Dutch Laday. Paling tercabar, nak minum susunya laa oi hahahaha. Dah le Sis ko ni kurang minum susu putih, dek sebab tercabar, 5 hari Sis ko minum susu tu hahaha. Akhirnya berbaloi juga semuanya hahahaha. 
Alhamdulilah..

Muka tak puashati nampak hahahahaha. :p


Terima kasih pada Duch Lady !! 
Sis rasa nanti dapat susu lagi kot hahahaha. Kena minum lagi le gamaknyaa..

Bagi korang yang belum baca lagi post entri Sis pasal #DutchLadyBreakfastChallenge ni lagi, haa silalah baca di bawah ni yer. 










P/S: Tahniah juga buat semua kawan-kawan yang telah memenangi pertandingan ini. Syabas!! 


8 Comments

  1. yahooooo...alhamdulillah, tahniahhhh untuk sis dan untuk diri sendiri juga! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yehaaa tahniah juga buat awak ye @Sunah hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Makaseh @Farah, nanti kita belanjer kopi ya hahahaha

      Delete
  3. woah woah.. rezeki awal tahun. tahniah tahniah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Siti, rezeki tak di sangka..alhamdulilah, terima kasih ..

      Delete
  4. tahniah sis..tapi bila la nk dpt hadiah nya..lama pula tunggu..😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe sabarlah menanti ya @Suziana..Tahniah juga buat Suzie ya ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com