PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE PULAU BELITUNG - HARI KETIGA | Bersambung dari cerita hari pertama dan hari kedua, hari ketiga ni bangun pagi sungguh bersemangat, sebab hari nak pusing pulau (island hopping) sampaikan tersalah jam kejut si Izzati, Sis ingatkan dah jam 7am, sekali tengok handphone baru jam 6am, hahaha mau tak membebel sebakul makcik tu hahahaha...nampak tak dia punya semangat hehehe. Memang sangat teruja bila kata nak island hopping, sekali dengan snorkling, walaupun Sis ko ni masih lagi jenis takut tenggelam, tapi tetap gigih juga nak mencuba berkali-kali, walaupun hanya di tepi tangga hahahaha syhhh diamlah!!
Pagi macam biasa, sarapan telah di sediakan, makan dulu sebelum gerak, kang lapar, ada mabuk dalam bot kang. Selesai semua berkumpul, kami terus gerak. Perjalanan hampir sejam juga dari tempat resort kami. Korang jangan tidur sepanjang perjalanan, rugi, suasana keliling sepanjang nak ke pulau, sangat cantik! Datang jauh-jauh kalau nak tidur aje, baik duk rumah dendiam hahahaha. :p
Okay untuk entri island hopping ni Sis hanya akan masukkan gambar-gambar tempat, suasana & aktiviti Pulau yang kami singgah ye, kurang penceritaan tapi 'biarlah gambar berbicara'. Hehehehe kang jenuh nak scroll ..
Gambar-gambar ini semuanya di ambil dari kamera handphone Sis iPhone8+ .
1. Pulau Tanjong Tinggi
Pantai Tanjong Tinggi Belitung terletak di Desa Tanjong Tinggi Kecamatan Sijuk Kabupaten Belitung. Kurang lebih sejauh 31 Km dari pusat bandar Tanjung Pandan. Pantai Tanjung Tinggi memiliki sejuta pesona keindahan yang sangat menakjubkan sehingga membuat tempat wisata Belitung ini menjadi terkenal dan kebanggaan seluruh masyarakat Belitung.
Memiliki pasir pantai yang putih dan terdapat banyak batu granit dengan berbagai macam bentuk ukuran merupakan ciri khas dan keistimewaan pantai yang juga disebut Pantai Laskar Pelangi ini. Air lautnya yang sangat jernih dan bersih serta ombaknya yang tenang, kecuali di bulan Desember kerana musim angin barat, tidak sesuai bagi siapa saja yang ingin melakukan aktiviti renang, hanya untuk sekadar bermain-main di tepi pantai.
2. Pantai Batu Banyak
Pantai Tanjung Kelayang atau Batu Banyak terletak di desa Keciput, Kecamatan Sijuk, Kabupaten Belitung kurang lebih 27 Km dari Pusat Bandar Tanjung Pandan jika ditempuh dengan menggunakan kereta maupun motor memakan masa kurang lebih 30 sampai 40 minit saja.
Pantai Tanjung Kelayang merupakan salah satu tempat pengunjung Belitung yang paling digemari dan memiliki kunjungan pengunjung yang sangat tinggi.Tak hairan jika pantai ini menjadi tempat kunjungan paling ramai, khususnya di Kabupaten Belitung.
Di pantai inilah pernah diadakan event akbar di tahun 2011,yaitu Sail Wakatobi Belitong 2011.Waktu itu, setiap hari pantai Tanjung Kelayang selalu dipadati oleh pengunjung, baik dari dalam ataupun dari luar. Di sekitar kawasan Pantai Tanjung Kelayang ini tersimpan beberapa tempat pengunjungl yang lain, seperti Pulau Batu Berlayar, Pulau Pasir, Pulau Burung, Pulau Kepayang, Pulau Lengkuas.
Untuk mengunjungi pulau-pulau tersebut wisatawan harus menyeberangi laut dengan waktu tempuh kurang lebih 15 hingga 30 menit. Untuk menyeberanginya, di Pantai Tanjung Kelayang sudah tersedia perahu tradisional nelayan yang siap untuk disewakan.
3. Pulau Lengkuas (Light House)
Pulau Lengkuas Belitung merupakan pulau kecil nan indah yang terletak di Belitung Barat. Pulau yang luasnya tak lebih dari satu hektar ini, sudah sangat dikenali sebagai pulau yang memiliki keindahan alami. Sehingga tak heran hampir setiap hari pulau ini sering dikunjungi oleh pengunjung.
Sama halnya seperti Pantai Tanjong Tinggi dan Pantai Kelayang, di sekitar Pulau Lengkuas pun dihiasi oleh jejeran batu-batu granit yang tersusun rapi. Namun ukurannya lebih kecil dibanding yang terdapat di Tanjong Tinggi.
Sebuah bangunan rumah api mercu tinggi, yang berdiri kukuh, menambah indahnya suasana, dan tentunya ini merupakan daya tarikan tersendiri yang dimiliki untuk memikat pengunjung beramai-ramai mengunjunginya.
Sedikit info mengenai rumah api ini, bahawa dulu bangunan ini dibangun oleh bangsa kolonial Belanda pada tahun 1882 saat berada di Pulau Belitung. Di mana tujuan dibangunnya untuk difungsikan sebagai pemandu kapal yang melintasi perairan Belitung. Di sebabkan mereka kurang fasih berbahasa Belanda, maka dari sebutan light house jadilah sebutannya ke lengkuas hahaha.
4. Pulau Gede Kepayang
Pulau Kepayang Belitung juga merupakan tempat wisata Belitung yang wajib untuk dikunjungi. Sama seperti mengunjungi Pulau Lengkuas, Pulau Batu Banyak juga Pulau Garuda, jika ditempuh dari Pantai Tanjung Kelayang untuk mencapainya kurang lebih dalam waktu 15 hingga 30 menit saja dengan menggunakan perahu tradisional nelayan.
Terdapat sebuah kedai makan untuk di kunjungi yang ternyata masakannya sangat sedap semuanya. Di sini juga pengunjung boleh berehat dan juga solat. Ada surau dan toilet di sediakan.
Dan selepas makan, kami di bawa ke tengah laut sekitar Pulau Kepayang untuk aktiviti snorkling . Terdapat batu karang dan ikan nemo yang sangat indah di dasarnya. Masih lagi terjaga semuanya, kalau pandai berenang lagi dalam lagi cantik..
5. Pulau Garuda
Disebut Pulau Garuda kerana rupa bentuk dari tepi dan depan pulau ini terdapat sebongkahan batu yang menurut masyarakat Belitung berbentuk unik, seperti kepala burung. Dengan keunikan itulah, tak sedikit pengunjung datang mengunjungi dan bergambar dengan latar belakang batu berbentuk seperti kepala burung tersebut.
Pantai di sekitar Pulau Garuda rata-rata mempunyai pasir putih dan halus. Air laut pun cukup jernih dan sangatlah bersih. Bila air laut sedang surut, pengunjung boleh menuju bongkahan batu burung dengan hanya berjalan kali mengharungi air laut. Namun, kena hati-hati, di sepanjang perjalanan, terdapat batu-batu karang yang tajam.
6. Pulau Kelayang
Pantai Kelayang juga terkenal akan keindahannya. Berpasir pantai putih dan halus adalah keisitmewaannya. Air lautnya pun cukup tenang, sehinggakan ramai pengunjung hanya melakukan aktiviti berenang sekitar pantai..
Bila hujung bulan atau minggu, bahkan hampir setiap hari, pantai ini selalu dikunjungi oleh pengunjung. Bahkan tak sedkit dari mereka yang berasal dari luar Pulau Belitung. Di sana biasanya para pengunjung, melakukan berbagai macam aktiviti, seperti berenang, bermain-main pasir pantai, atau sekadar duduk santai di bawah rimbunnya pohon pinus yang banyak tumbuh di sana.
Perlu juga di ketahui, Pantai Serdang juga merupakan lokasi yang tepat untuk menyaksikan fenomena matahari terbit alias sunrise, kerana memang menjadi pantai kebanggaan masyrakat Kota Manggar ini menghadap ke Timur.
Hampir senja juga baru kami naik bot masing-masing dan pulang ke laut setelah seharian di atas laut dan pantai. Selesai semua aktiviti pulau naik darat terus bersiap, bilas badan dan salin baju. Setelah itu, kami terus di bawa ke kedai Oleh-oleh Belitung KLAPA namanya. Sis takde laa beli apa, cuma beli belacan untuk Emak Sis hahaha dan juga keropok-keropok goreng, tu jer. Lain-lain tak tau nak beli apa hahaha.
Selepas beli ole-olenya, terus kami di bawa pergi makan malam di Restoran Dynasti Soeng. Selesai makan, terus balik resort dan berehat. Malam tu jadi tukang urut kejap, mengurut si Izzati yang terseliuh tangannya, takut melarat esoknya, jadi Sis urutkan. Alhamdulilah okay dah dia. Nak minta belanja starbuck kat Changi nanti hahahaha :p
Sekian aktiviti kami untuk harini. Maaflah takde caption pada gambar. 'Biarlah gambar berbicara' hahahaha.
Yang ingin dan merasai apa yang Sis rasa macam ni dan nak juga pakej macam ni, boleh la skodeng pakej MTN Getaways ni ya. Korang pasti puashati!!.
Bersambung lagi nanti ya.
P/S: Esoknya merentung muka macam kena petir hahaha hangusss..takpe, janji puas!! Sampai sekarang ni masih lagi muka sunburn adeiiii... *dalam proses memutihkan hahahaha
Ya allah cantiknya gambar2 tu semua...SA berharap sangat cepat sihat dan boleh masukkan Pulau Belitung dalam wishlist..jeles tengok Sis Lin punya gambar semua cantik2
ReplyDeleteMemang sangat cantik @Suria..mesti pergi nanti okay. Lagi best ikut pakej aje, senang semuanya di uruskan.. kalau ada apa-apa nak tanya, nanti PM aje Sis ya..
DeleteYa Allah...subhanallah.. cantik sungguh view kat sana.. air pun jernih jer...
ReplyDeleteYeee @Dilah, pergi sana lupa sekejap Malaysia hahahaha.. tenang aman damai jeee
Deletecantiknya air laut kat sana...aduii...ni yang rasa nak join jugak pi belitung ni...
ReplyDeleteJernih sesangat @Rohaida, best sangat mandi, sambil-sambil berangan macam tuan puteri hahaha
Deletesubhanallah..indahnya ciptaan Allah.. memang tak rugi la melancong ke sini..pemandangan cantik..
ReplyDeleteSangattt...alhamdulilah, lagi kalau depan mata @Hernee, lagi teruja di buatnya..
Deleteassalamualaikum lin...Ya Allah seronoknya lin...cantik2 pulak tu pemandangan kat sana...mmg happening la kalau pi bergroup mcm ni...
ReplyDeletep/s proses memutihkan semula yer pasni sambung yg baru pula kan..
Waalaikumussalam Mama @Maszull..
DeleteKalau puashati enjoy macamtu Maa, tak kisahlah hitam pun hitamlaaaa hahahaha...bebraloi!
Belum sempat memutih berapa hari lagi nak sunburn balik 😂
ReplyDeleteHahahaah @Sunah, janji PUAS! walau 1000x pergi punnnn..
DeleteKita dah debo2 ni
ReplyDeleteHahahaha bawak bertendang ye Kak @Seri...hahahaha
DeleteHuhu nak gi gakkk. Moga next year ada lg peluang datang. Cantik laaa pulau belitung ni..tp kte paling tertarik kat pulau garuda tu. eh cantik2 la gambar sis lin
ReplyDeleteJomm Cik @min, next time ada rezeki, jomlaaa ke Belitung...best gile enjoy berbaloi puashati!
DeleteYa Allah tak sabar nyaaa nak ke sana!!!! View cantikk mashaallahhh
ReplyDeleteKannnn @Uyul, ko pakai HuawaeiPro lagi le cantik amik gambo..gunakan kreativiti secanggih mungkin hahahaha
Deleteapesal ejaannya entri mu dah macam indo .. hahaha
ReplyDeleteKakakakaa ku copy sana sini, cantumkan, makanya jadilah macam bunyi indo @Izzati hahahahaha
Deletecait! hahaha. ehh tak bgtau ke ko duduk kat tangga macam ikan duyung? hahaha
DeleteHahahaha @Izzati, diamlah hahahaha kali ni taknak kat tangga, mu tengok ku selammm hahahahaha
Delete