MASAK MEE KARI SEMPENA RAYA CINA

Sis Lin
10
MASAK MEE KARI SEMPENA RAYA CINA | ALHAMDULILAH harini dah masuk 1 Rejab 1444H bagi tahun 2023. Korang dah ganti puasa ke tu? Ye laa kebiasaannya pada bulan Rejab ni laa paling afdol kalau nak ganti puasa atau berpuasa. Ada 1001 kebaikan jika berbuat demikian. Jangan sampai korang lupa dan melupakan nak ganti puasa tu yaa. 

Dan hari ini juga adalah hari kedua perayaan Tahun Baru Cina. Tahun ni sebab bizi dengan mengurus anak berpantang dan cucu, juga tetamu yang datang semalam melawat cucu, sampai Sis lupa nak wish dan hantar ucapan kepada kengkawan yang menyambut Tahun Baru Cina semalam huhuhu ..

Allahumma Barik Lana Fi Rajaba Wa Sya'bana Wa Ballighna Ramadhana

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.”

Masak Mee Kari Sempena Raya Cina

Yaa semalam ada tetamu dari jauh datang melawat Khalish, siapa lagi kalau bukan blogger Retna. Cuti panjang, so Retna turun Johor bersama adiknya dan 3 anak saudaranya. Memang Sis bagitau Retna, datang selepas Zuhur, so Sis dah free dan boleh melayan tetamu, kalau pepagi tu memang kelam kabut Sis weyy.. 

Alhamdulilah, rezeki Retna semalam, sempena Raya Cina, Sis masak Mee Kari ‘bodo-bodo’ jer semalam. Sebabnya takde kerang dan udang. Entahlah kerang tu time cari ada jer muncul, time nak beli, kemain jauh dia pi beraya hahahaha geramm jerr.. 

Selain Mee Kari, ada jugalah Sis order sekotak Kek Pisang Cheese & Kek Pisang Nutella (lupa amik gambar). Kebetulan jiran open order, memang rezeki tetamu yang datang semalam. 

Masak Mee Kari Sempena Raya Cina

Tengok tu Khalish siapa datang? Aunty Nina datang tengok Khalish yaaa.. siap bawa hadiah besar lagi! Terima kasih aunty Nina. Nanti Khalish dah besar, Khalish datang Sentul ya jalan-jalan Key Yel hahahahaha .. kita pi Cameron Highlands yee aunty Nina kekekeke .. 

Sis dan Retna ni kenal lama oii, sampai Sis dah bercucu ekkk… mana taknyaa, dari si anak sulung Sis darjah 4, now dah 29tahun anak sulung Sis tu, bayangkan laaa berapa lama kenal dengan Retna ni. 

Semalam tak lama juga Retna singgah, sebab dia pun nak ke tempat lain juga, tapi jadilah.. bukan senang nak jumpa Retna sekarang, cuti jer merayap jer dia gan ‘3 boifren’ dia tu.. apa-apa pun terima kasih Ret. Kita jumpa bulan 6 nanti.. 

Masak Mee Kari Sempena Raya Cina

Lepas ajer Retna balik, Besan Sis pulak datang selepas Asar macamtu. Tu laa di katakan rezeki langkah kanan, masih ada lagi Mee Kari tu, ao Sis hidangkan sekali untuk mereka. Ehh dah macam jadi menu Tahun Baru Cina pulak ekk .. alhamdulilah cukup seadaanya dan licin seperiuk. 

Malamnya, Suami tanya ‘Nak KFC tak?’, sebab dah berapa hari Sis asyiklah sebut, akhirnya ada rezeki Suami nak belanja. So dinner malam tadi kami, kami semua makan KFC. 

Yana? Dia cuba makan seketul jer. Mula takut-takut gak dia nak makan, tapi sebab dia pun terliur, so dia jamah seketul jer, jadilah, buat raso-raso kann .. 

Sekejap dah hari ke-14 menjaga anak berpantang, rasa macam sekejap, tapi yang menanggung tu rasa kemain azab hahahahaa.. sabo yee Dikkk.. 


P/S : Harini ingat nak buat Nasi Lemak Sambal Sotong jer. Menu berpantang Yana, Ikan Bawal Emas stim halia. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah! Ada K.Ret sekali. Syoknya dapat berkumpul makan2.
    BTW, mee kari tu mengoda betullah sis 😋💕.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak Ret turun JB melawat cucu Sis ni haaa...

      Delete
  2. Sedapnya Mee Kari sis.. Pejam celik dah hari ke 14 ye Yana berpantang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee Kari paling senang nak masak Ibo hehehehe

      Delete
  3. wah ako pi melawat ek. bestnya. slmt menimang cucu baru sis lin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah kemain bertambah bdk 3 org tu makan mi kari
    ..tmbh2 bdk gemok kecil tu mmg pebret kuah kari, haha x toleh kiri kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik pemakan Ret, aku risau masak korang tak makan jerr..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!