SALAM 1 REJAB 1443H/2022

SALAM 1 REJAB 1443H/2022 | ASSALAMUALAIKUM buat korang semua dan selamat pagi. Moga korang semua dalam keadaan sihat dan baik-baik aja. Begitu juga Sis, alhamdulilah, bertambah sihat dan cergas selepas cucuk booster, macam ada satu 'magic' gitu.. syukurlah ianya tidak memudaratkan kesihatan Sis berlarutan, alhamdulilah. Korang puasa ke harini?. Inshaallah jika dengan izinNya, berpuasalah kita sama-sama. 

Semalam selepas Maghrib kita sudah pun masuk 1 Rejab 1443H/2022, maka dengan itu dalam masa dua bulan sahaja lagi kita akan bertemu Ramadhan kan? Kejapnya masa berlalu, kita doalah bebanyak moga umur kita di panjangkan dan sihat hingga bertemu Ramadhan nanti. Dan bulan Rejab ni kita sama-sama 'topup' ilmu dan besihkan hati dalam melakukan ibadah kita. 

Para Ulama mengatakan "Bulan rejab adalah bulan istighfar. Bulan sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan ramadhan adalah bulan Al-Quran. Apabila masuk sahaja ke bulan Rejab, menjadi rutin umat Islam setiap kali berdoa untuk menyelitkan doa Bulan Rejab. 

Antara peristiwa agung yang kita patut kenangi dalam bulan Rejab ialah Israk Mikraj. Antara pengalaman Imam Asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh beliau di dalam Kitab Al-Umm, malam 1 Rejab adalah MALAM MUSTAJAB DOA.

Bulan Rejab juga termasuk di dalam bulan-bulan Haram yang padanya diharamkan pertengkaran, peperangan dan pembunuhan. Kita juga kalau boleh elakkanlah bergaduh, bertengkar sesama kita walaupun di dalam media sosial. The best thing sama ada scroll cepat-cepat atau cuba kurangkan masa dengan media sosial. Ramadhan pun dah dekat kan?

Hati-hati juga sekiranya nak forward mesej-mesej yang meragukan termasuklah hadis-hadis palsu berkaitan dengan ibadah. Tak pasti jangan share!.

Salam 1 Rejab 1443H/2022

Allahumma Barik Lana Fi Rajaba Wa Sya'bana Wa Ballighna Ramadhana

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.”


Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan memperbanyakkan Doa ini, In Shaa Allah dengan harapan dapat memanjangkan umur kita untuk berjaya sampai di bulan Ramadhan dan mengilhamkan kerinduan untuk beribadat pada bulan yang barokah ini dengan izin ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.

Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan rejab ini adalah :

1) Banyakan doa 

"Allahumma bariklanaa fii rajaba wa sya'ban wa balighna ramadhan" 
(Ya Allah. Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan)

2) Banyakan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه  وتعالى.

3) Baca selepas solat fardhu subuh dan selepas solat fardhu isyak 70x "Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya"  (Ya Tuhanku. Ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku).

4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain dan khusus juga di dalam bulan rejab adalah kita 

- Membaca sayyidul istighfar 3x di waktu pagi dan 
- Membaca sayyidul istighfar 3x di waktu petang.

Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ﷺ mengatakan "Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah." Maka besarnya fadhilat sayyidul istighfar ini.

5) Di dalam rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.

Moga bermanfaat buat semua..
#SisSharing 


P/S: Ya Allah, jadikan bulan Rejab ini bulan untuk seluruh umat Islam menjadi hambaMu yang baik dan berjaya membaiki diri dan berjaya memasuki madrasah Ramadan dengan jiwa yang bersih

18 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. amin.... tak sabar nak tgu ramadhan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ret, harapnya tahun ni ada bazar ramadhan kan...

      Delete
  2. Salam Rejab. Jom kita bersiap sedia untuk Ramadan yang akan tiba tak lama lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, mari kita Kid, banyakkan amalan dan topup ilmu...

      Delete
  3. Terima kasih kak lin sharing, alhamdulilah.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak untuk perkongsian ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, moga bermanfaat buat kita semua Fizah..

      Delete
  5. Salam 1 rejab sislin. Longtime no see u here. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rejab Puan B.. yaaa lama tak nampak yaaa..

      Delete
  6. Sudah Rejab lagi yah... Siap-siap menyambut Ramadhan. Salam dari Eonchemicals Indonesia untuk sahabat-sahbat di sana.

    ReplyDelete
  7. Salam Rejab Sis Lin, jom siap2 tunggu Ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rejab juga buat SA.. moga kita sihat-sihat selalu yaa...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment