MAJLIS BERTANDANG DI MELAKA SELAMAT SEMUANYA, ALHAMDULILAH

Sis Lin
6
MAJLIS BERTANDANG DI MELAKA SELAMAT SEMUANYA, ALHAMDULILAH | TIADA ucapan yang hendak Sis katakan, hanya memanjatkan kesyukuran ke atas segala nikmat yang Allah telah berikan, baik dari segi kesihatan, perjalanan, juga sepanjang penginapan dan juga majlis berlangsung di Melaka bagi pihak bertandang kerluarga besan Sis. 

Jumaat lepas 4/8 Sis sekeluarga bersama adik-adik juga sepupu Sis bertolak ke Melaka pagi tu. Sebulan sebelum tu Sis dah sesiap booking homestay di MakkInn Village untuk penginapan kami 3 hari 2 malam. Urusan untuk masuk check-in sangat-sangat mudah. Ownernya sangat baik dan cepat balas whatsapp/pertanyaan dari Sis. Memang sangat-sangat puashati. 

Sampai di Melaka ngam-ngam timing check-in, so dapatlah kami semua berehat sementara menunggu malam untuk ke rumah Besan Sis makan malam. Yaa Besan Sis ada buat makan-makan sikit sempena kepulangannya dari Haji pada 1/8, sebab tulah majlis bertandangnya di buat setelah Besan balik dari Haji. Syukurlah Besan Sis sihat dan baik-baik aja. 

Majlis Bertandang Di Melaka Selamat Semuanya, Alhamdulilah
Walau dah 2 bulan berlalu majlis nikah dan bersanding di Johor, seri pengantin tu masih ada. 

Esoknya 5/8 majlis bersanding akan berlangsung di Dewan Japerum Serkam, Kampung Batak, Merlimau Melaka. Bersanding jam 1pm, so kami bertolak dari homestay jam 12pm bersaing dengan pengantin dan beberapa kereta kawan anak menantu. Untuk tema pihak perempuan, kami pakai color Nude, walau tak sedondon semua, janji masuklah colornya tu hehehehe.. 

Pengantin pula memakai songket baby blue untuk persandingan di Melaka. Kain songketnya di beli dan di tempah khas di kedai. Anak taknak sewa baju, katanya nak buat baju raya tahun depan hahahaha. Sis takde bawa dulang hantaran, hanya bawa sepahar bunga telur sebagai hadiah untuk pihak sana. Ye laaa takkan nak datang dengan tangan kosong kan? Bawalah sesuatu untuk buah tangan kan.. 

Majlis Bertandang Di Melaka Selamat Semuanya, Alhamdulilah
Inilah keluarga kecil kami..Alhamdulilah.. 

Majlis Bertandang Di Melaka Selamat Semuanya, Alhamdulilah
Rombongan pihak perempuan dari Johor... 

Sampai dewan, meriah suasana, kami di sambut mesra oleh pihak lelaki di depan pintu masuk. Dan meja untuk pihak perempuan di sediakan berdepan dengan meja makan beradab pengantin. Selepas pangantin bersanding, seisi bergambar keluarga di mulakan. Kemudian acara makan di mulakan. Sis dan sepupu makan di meja beradab, lain-lain makan di meja yang di sediakan. 

Alhamdulilah, lauk-pauk dan menu-menu yang di sediakan sangatlah sedap. Adik-adik dan sepupu juga Suami pun puji makanan yang di sediakan. Macam biasa lepas tu, acara memotong kek di mulakan. Tak lama juga kami lepak di situ, sebab cucu dah mula meragam kepanasan. 

Majlis Bertandang Di Melaka Selamat Semuanya, Alhamdulilah
Boleh pulak tersama tudung dengan Besan kita. Jimmy Scarves lovers hehehehe.. 

Memang Sabtu tu cuaca sangat-sangat panas, walau ada kipas kiri kana depan belakang, bahang tetap terasa. Sebelum cucu meraung, kami mula berangkat balik, lagipun ada tempat lain nak kami singgah untuk persiapan makan malam kami di homestay hehehehe.. 

Alhamdulilah, majlis bertandang di Melaka selamat semuanya. Terima kasih buat Besan Sis yang memberi layanan yang baik juga melayan kami sepanjang berada di Melaka. Inshaallah jika ada umur dan rezeki, kita jumpa lagi, bolehlah lepak bersama nanti. 

Tahniah sekali lagi buat anak Mak dan juga menantu Mak.. 9/8 ni genaplah 2 bulan mereka berkahwin.. alhamdulilah .. 


P/S : Sedih pulak bila lihat anak-anak cepatnya membesar 😭 ...

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Alhamdulilah Mummy.. terima kasih sentiasa mendoakan...

      Delete
  2. Kan.... bila budak2 dah membesar dan ada keluarga sendiri... rasa tua nya hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ret, andai dapat di putar waktu.. huuhuhuu...

      Delete
  3. Alhamdulillah, selesai majlis dengan selamat.. Comey kedua dua mak pengantin adalah Jimmyscarves lover 🤩 Moga ukhuwah dibina terus dilindungi Allah sampai bila bila..

    Next cucu pulak lah kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, terima kasih Nona...
      Aaamiinn.. lepas ni turn ko pulakk..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!