BAWA BALIK BUBUR ASYURA DARI KELAS PENGAJIAN KITAB MUAFIQ DAN MASBUK. Semalam rezekilah dapat join kelas pengajian Kitab Muafiq dan Masbuk bersama Ustaz Abu Hanafiah di Mesjid Taman Bukit Indah.
Selalu nak join tapi sebab kelasnya awal jam 8am so tak dapat nak join. Kadang Suami belum pergi kerja dan keadaan masa tu jalanraya pun jem orang pergi kerja, so jam berapalah nak sampai sana kan.
Tapi semalam kelas bermula lambat, jam 9.30am, di sebabkan beri laluan kepada petugas ahli jawantan kuasa dapur menyediakan dan menyiapkan Bubur Asyura untuk semua ahli yang datang ke kelas juga untuk ahli jemaah yang datang solat Jumaat di Mesjid Taman Bukit Indah.
Sis sampai awal sedikit, dapatlah bantu di dapur menyediakan bubur asyura tu. Rebut pahala kan.
Rezekilah siapa yang datang dan dapat bawa balik. Sedap buburnya! Memang tiap tahun akan ada program sebegini sempena menyambut 10 Muharam. Rezeki Sis juga dapat join kelas semalam.
Banyak ilmu yang Sis dapat walau pestime join. Lain kalau kita tengok LIVE online dengan hadir kelas fizikal gini. Kita lebih jelas dan selepas kelas kita boleh pulak bertanya soalan secara berdepan.
Sis takde kitabnya, inshaallah Sis dah order di TikTok, nanti bolehlah guna bila Sis masuk kelasnya. Sangat bermanfaat korang!. Apa yang selama ni kita buat, rupanya satu kesalahan, lagi-lagi bab solat dan juga cerai rujuk dalam perkahwinan.
Inshaallah nanti ada masa, Sis kongsikan apa ilmu yang Sis dpat sewaktu masuk kelas pengajian Kitab Muafiq dan Masbuk ni ya.
P/S : Harini tak dapat nak berpuasa. Santuni 2 majlis perkahwinan dan ada event di Legoland.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.