V CAFE @ V8 HOTEL KINI DI BUKA!

V CAFE @ V8 HOTEL KINI DI BUKA!

0
V CAFE @ V8 HOTEL KINI DI BUKA!. Baru-baru ni Sis ke V8 Hotel di Nusa Bestari untuk hadir di majlis perasmian pembukaan V Cafe mereka yang di rasmikan oleh Tuan Inspector Mohamad Tarmizi bin Ramli (Ketua Polis Balai Nusa Bestari). 

Sis bawa sahabat Sis buat teman, kebetulan siang tu Sis ada perjumpaan makan-makan dengan ex-urusetia Hari Wanita tu dan kami makan di Restoran Delicia. Jadi malas nak ulang-alik balik rumah, so Sis terus aja stay di Bukit Indah rumah Wana dan ajak dia sekali untuk ke V8 Hotel tu. 

V Cafe @ V8 Hotel Kini Di Buka!

V Cafe @ V8 Hotel Kini Di Buka!

Ini pertama kalinya juga Sis jejak V8 Hotel ni, nasib juga Wana tu dah biasa sana, so dia lah yang yang tunjuk jalan. Sampai depan hotelnya, baru Sis terfikir, ooo patutlah namanya V8 Hotel, sebab hotelnya hanya 8 tingkat sahaja yaa hehehe.. 

Dengarnya hotel ni ramai orang kerajaan dan juga guru-guru sekolah juga jabatan swasta selalu adakan majlis di hotel ni. Tu kawan Sis laa bagitau, sebab program sekolah anaknya selalu buat di sini. Just nice laa tempat dia, tak busy dengan kesesakan lalu lintas dan parking pun senang. 

V Cafe @ V8 Hotel Kini Di Buka!

V Cafe @ V8 Hotel Kini Di Buka!

So lepas ni korang bolehlah datang lepak makan-makan dengan kawan-kawan di V Cafe mereka. Sis tengok buku menu mereka sangat menarik. Pelbagai pilihan makanan ada. Dari menu sarapan, tengahari hingga makan malam pun ada. 

Harga pun under budget laa, walau makan dalam hotel tapi harga berpatutan. Dengan suasana yang selesa, datang makan di sini memang santai laa. V Cafe terletak di aras lobby aja, tak payah nak naik lift ke, just masuk dari pintu depan kemudian V Cafe ada di aras tu. 

V Cafe @ V8 Hotel Kini Di Buka!

V Cafe @ V8 Hotel Kini Di Buka!

Masa perlancaran tu pun, kami di sajikan dengan menu-menu masakan mereka. Tak sangka yaaa, semua yang kami makan semuanya sedap. Masakan kambing mereka sedap betul, kawan Sis berulang-ulang makan hahahaha.. Laksa Johor pun not bad, begitu juga hidangan dessert mereka, puashati makan. 

Mereka juga ada menyediakan hidangan buffet dan menu al-carte, so kalau korang nak buat majlis atau acara berkumpulan, korang boleh buat tempahan ballroom dan hidangan buffet, harga tertakluk pakej yang di sediakan. 

V Cafe @ V8 Hotel Kini Di Buka!

So korang kalau nak mencari tempat makan best dan menginap hotel di Johor, bolehlah stay di sini ya. Kemudahan sekeliling pun senang. Berdekatan dengan Bestmart dan juga AEON Bukit Indah. Nak tengok menu-menu yang mereka ada, korang boleh ke facebook pages akusislin okay. 

📍 V8 Hotel
2, Jalan Jati 2, Taman Nusa Bestari Jaya
81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim

 
⏰ Waktu Operasi: 7am–10pm

V Cafe bukan Sekadar tempat makan, tetapi juga tempat untuk mencipta memori yang bermakna. 


P/S : Aduii napelah sakit kepala ni huwaaaaa :((

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top