BERBALOI DATANG JAUH-JAUH MAKAN DI RESTORAN DELICIA

BERBALOI DATANG JAUH-JAUH MAKAN DI RESTORAN DELICIA

0
BERBALOI DATANG JAUH-JAUH MAKAN DI RESTORAN DELICIA. Selepas berakhirnya sambutan Hari Wanita Al-Wasilah baru-baru ni, kami 6 orang urusetia sepakat nak 'postmorterm' segalanya dan plan keluar makan tengahari bersama. Di sebabkan pagi tu ada yang pergi kelas mengaji, so kami sepakat jumpa pada jam 11.30am di Restoran Delicia area Medini sana. 

Sis pun pestime datang ke sini, kalau dari Pasir Gudang memang jauh laaa, hujung ke hujung. So pagi tu park kereta di rumah Kak Johana dan kami bertiga naik kereta Zana, terus ke restoran berjumpa dengan lagi 3 orang ururusetia, Kak Ju, Mak Leha dan Azie. 

Berbaloi Datang Jauh-Jauh Makan Di Restoran Delicia

Berbaloi Datang Jauh-Jauh Makan Di Restoran Delicia

Cadangan tempat makan ni pun dari Kak Ju. Tempatnya agak tersorok, dekat dengan area Sunway BigBox berdekatan dengan tempat main Go-Kart tu haaa.. nak cite panjang pun tak reti laa Sis, sebab bukan tempat biasa Sis lepak, so ikut aja laa mereka yang tau jalan ke sana. 

Kalau tengok macam restoran baru tapi agak meriah bila dah masuk time lunch tu. Walau tercerukk ramai pulak datang makan sini. Maybe iklan promosi marketing restoran ni bagus dan sampai kepada mereka yang suka jalan-jalan cari makan. Tengok pada menunya pun meriah. 

Berbaloi Datang Jauh-Jauh Makan Di Restoran Delicia

Berbaloi Datang Jauh-Jauh Makan Di Restoran Delicia

Menu lunch bermula jam 11am, so memang ngamlah kami datang makan 'brunch' terus. Memasing memang belum makan, so semua nak makan nasi kecuali Sis yang pantang nampak Lontong kuah. Kalau ada Laksa Johor, kompom Sis amik Laksa Johor, so ada Lontong, kita makan Lontong. Lelain makan Nasi set Asam Pedas Tetel, Nasi set Ikan Siakap, Nasi Ayam Penyet, Lamb Chop Grill, Lontong Kering dan ada Sangkaya juga. 

Jujurnya apa yang kami makan, sangat kami puashati, serius cakap. Tekak 6 orang semua kata sedap. Asam Pedas Tetelnya sedap betul, dan yang bestnya ikan siakap goreng dia makk aii sangat teruja yaa memasing makan, walau hanya siakap goreng jerr kann tapi cara gorengan dia sedap betul, nampak kerak-kerak dia tu kemain sedap di kunyah, macam mana dia buat ekkk.. 

Berbaloi Datang Jauh-Jauh Makan Di Restoran Delicia

Berbaloi Datang Jauh-Jauh Makan Di Restoran Delicia

Lontong Sis pun sedap, kuahnya pekat dan Sis tambah Sambal Kerang dan Sambal Paru dalamnya, so memang puashati, cuma lupa nak tangkap gambar harga, lagipun Mak Leha belanja kami, jadinya segan nak tanya resit dan harganya, Mak Leha marah hahahaha.. 

Sambil makan, kami bincangkanlah apa yang telah pun berlalu di majlis Hari Wanita tu. Segala komen negetif dan positif kami terima dengan lapang dada, majlis akan datang akan kami perbaiki, tu pun kalau kami semua masih setia jadi urusetia lagi. Apa-apa pun 6 urusetia yang ada ni sangat sporting dan sangat memberi kerjasama. Masing-masing memainkan peranan masing-masing. 

Terima kasih juga pada Mak Leha yang belanja kami semua makan dan Happy Birthday (semalam) buat Mak Leha, moga dipanjangkan umur, di sihatkan tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, aamiinn .. Lepas makan di Restoran Delicia ni, kami ke Coffee Beans pulakk mengopi. Hahahaha.. Thanks Zana belanja kopi. 

Restoran Delicia 
C-GF-22, ION AXXES, 
Persiaran Medini Sentral 6, 
79250 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim

Buka SETIAP HARI
Dari jam 8am - 4pm


P/S : Belum ada rezeki nak cuba Tiramisu for Two CBTL tu .. next time ..

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top