TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!

TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!

1
TORAMARU WAGYU YAKINIKU - PENGALAMAN MAKAN GRILL PREMIUM DI TENGAH BANDAR JB!. Kalau sebut pasal daging premium, tak lengkap kalau tak cerita tentang Wagyu A5 lembut, juicy, penuh marbling dan cair dalam mulut!. 

Tapi nak cari tempat yang bukan je sedap, tapi lengkap dengan suasana selesa dan eksklusif tu, memang bukan mudah. Baru-baru ni Sis cuba dan singgah ke Toramaru Wagyu Yakiniku, yang terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Dari luar nampak tenang, tapi bila melangkah masuk, terasa suasana cozy dan eksklusif ala Jepun. Dekorasi minimalis moden, pencahayaan yang lembut dan ruang makan yang semi-private buat kita rasa tenang dan santai. Sesuai sangat untuk pasangan, geng bestie, atau yang nak bawa client business dinner pun okay!. 

Wagyu A5 Jepun

Daging di sini adalah A5 Japanese Wagyu, gred tertinggi yang memang terkenal dengan tekstur lembut dan rasa umami. Bila grill atas bara arang, aroma dia naik semerbak terus buat air liur meleleh! Staff pun sangat mesra dan sedia bantu grill jika kita nak. 

Kitaorang ber4 memang minta staff mereka aja yang bakarkan, siap masak tinggal makan. Pertama kali Sis makan ‘Lidah Lembu’ weyy! Sedikit geli tapi bila dah cuba, serius arrr langsung takde rasa hanyir dan rasa macam makan daging aja!. Tapi cukuplah sekali ini hahahaha .. 

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Kalau nak lebih variasi, boleh juga cuba makanan laut segar macam udang besar, sotong, scallop dan pelbagai jenis sayur. Jangan lupa cuba 5 jenis sos Jepun signature mereka, memang complement rasa daging dengan sempurna. Tapi kami tak makan seafood, sebab nak kenyangkan perut makan daging wagyu sahaja. 

Satu lagi benda yang Sis sangat suka di sini, sistem pengudaraan mereka. Walaupun makan grill depan mata, keluar restoran langsung tak rasa berasap atau melekit. Kebersihannya juga terjaga termasuk tandas ya g di sediakan, oh! Teelalu canggih yaa pakai remote! Hahahahaha .. 

Suasana kaunter makan mereka pun menarik ada vibe santai, sesuai untuk minum-minum ringan sambil tengok chef grill makanan depan mata. Kalau datang waktu malam, lighting dia pun cantik sangat, rasa tenang je.

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Anggaran Harga 

Harga sekitar RM150 ke atas untuk set Wagyu seorang (bergantung pada potongan dan kombinasi). Tapi untuk satu pengalaman & kualiti makanannya, Sis rasa memang sangat berbaloi!. 

Sis boleh kata Toramaru Wagyu Yakiniku antara tempat makan grill paling selesa dan ‘premium feel’ yang Sis pernah pergi. Daging sedap, servis tiptop, tempat pun cozy dan tak berasap langsung walau grill depan mata. Kalau bawa kanak-kanak pun sesuai tanpa rasa hidu asap dan bahang api. 

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Toramaru Wagyu Yakiniku – Pengalaman Makan Grill Premium di Tengah JB!

Antara menu yang kami makan haritu adalah; 
1.⁠ ⁠Toramaru Big platter Plate RM328 (500gm)
2.⁠ ⁠Thin slices tongue 
3.⁠ ⁠Seafood Pancake
4.⁠ ⁠Fried chicken 
5.⁠ ⁠Raw beef
6.⁠ ⁠Mixed cold vege
7.⁠ ⁠Karubi soup
8.⁠ ⁠Miso chicken

Untuk siapa-siapa yang nak manjakan diri lepas penat kerja, atau nak celebrate sesuatu yang istimewa, Toramaru is worth every bite. Lepas ni confirm repeat! (Ada sapa-sapa nak belanja tak?).

虎丸 Toramaru Wagyu Yakiniku
📍 195, Jalan Sri Pelangi, 
Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
🕛 12pm - 2.30pm / 6pm - 11pm 
(Closed on Tuesdays)
📱 +6010 - 6685 855 (Reservations)

Lebih banyak gambar : FB Pages akusislin
IG REEL posting : akusislin
TikTok posting : @akusislin


P/S : Terbayang-bayang aku lidah lembu tu hahahahaha

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wahhh menarik, pergi JB boleh try...kadang pening jugak nak carik makan area sana

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top