TIRAMISU RUMAH KOPI 38 JUGA YANG SEDAP!

TIRAMISU RUMAH KOPI 38 JUGA YANG SEDAP!

1
TIRAMISU RUMAH KOPI 38 JUGA YANG SEDAP!. Walaupun Sis ni bukan pemakan dessert atau pemanis mulut, tapi bila viral Tiramisu ni sana sini, ada laa juga dua tiga tempat dan seller yang Sis try, sebabnya Sis peminum kopi walau lately ni dah kurang sangat minum kopi, tapi rasa Tiramisu ni sedap pulak di tekak Sis. 

Mula try beli dengan beberapa seller di facebook, kemudian Sis try pulak singgah dan beli di Rumah Kopi 38. Sebelum ni try kira okayy dah rasanya, tapi bila try aja Tiramisu Rumah Kopi 38 ni, waaa terus setakat yang dah Sis rasa Tiramisu, Tiramisu Rumah Kopi 38 ni juga yang sedap!. 

Tiramisu Rumah Kopi 38 Juga Yang Sedap!

Tiramisu Rumah Kopi 38 Juga Yang Sedap!

Yaa jujur dari tekak Sis, tekak korang Sis tak tau, tapi memang sedap. Masa Sis beli tu, RK38 keluarkan size besar, sebekas RM18, tapi now dah ada size kecil RM9 sahaja. Rasa tetap sama tapi size kecik tu lagi sedap rasa dia wooo sebab rasa Tiramisu Espresso Classic, fuhhhh gian makan berulang-ulang suap. 

Setakat harini, Sis dah makan dan beli hampir 5 kali okayy Tiramisu RK38 ni hehehehe.. Walau ada yang minta Sis try Tiramisu Coffee Beans punya pulak, tapi jenis Sis aku malas nak beratur ke apa ke nak dapatkan sesuatu, cari yang mudah dapat kan senang, so takde laa frust kalau pergi tiber takde. 

Tiramisu Rumah Kopi 38 Juga Yang Sedap!

Tiramisu Rumah Kopi 38 Juga Yang Sedap!

Agak kebetulan tu, bolehlah cuba tapi kalau semata nak kejar viral tu, memang bukan Sis Lin laa namanya yerr.. Tapi biasalah viral ni kejap aja, bila semua orang dah rasa, senyap laaa Tiramisu ni haaa.. last-last pergi pun tak payah nak beratur dah, betul tak?. 

Benda makan kau nak rebut-rebut, apa kes!. Tak dapat tu, bawa bersabar, banyak benda lain boleh di makan dulu dan di beli. Esok-esok kan ada. Kalau perangai Sis, memang tak boleh dengan orang yang sanggup beratur semata nak makan, duk terbayang negara lain, jangan kata beratur, berebut-rebut nak dapatkan makanan, yang kita ni, beratur semata nak beli makanan ermmmm .. 

Tak marah tapi nasihat.. bukan nak jadi joykiller tapi kita cakap yang betul aperrr.. 


P/S : Terus terasa nak pi Rumah Kopi 38 lerr petang ni hahahahaha.. 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Fenomena betul tiramisu sekarang ek. Tudiaa sampai 5 kali ulang membeli. Nampak sangat sedapnya tu. Okaylah juga kan dia buat size kecil. Orang boleh beli dan rasa-rasa dulu kan. Kalau nak beli kena beratur panjang dan berebut tu memang malas lah. Tak kuasa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top