AJAK KAWAN-KAWAN DATANG MAKAN DI RUMAH SEBELUM HARI RAYA HAJI. Sebenarnya ini kes TERlajak raya aidilfitri yang lepas. Di sebabkan terlalu padat jadual masing-masing, so tak sempat mereka semua datang beraya.
So baru ni kami sepakat cuti sekolah Sis ajak kawan-kawan datang makan di rumah sebelum hari raya Haji. Biasa kitaorang buat potluck tapi kali ni Sis kata takpayah bawa apa-apa sebab Sis nak masak. Kecuali kuih-muih di alu-alukan.
Pepagi selepas Subuh Sis dah mula memasak sebab kawan-kawan semua datang jam 9am. Masak yang simple aja laa tapi nasi berlauk. Atas permintaan, ada yang minta buat Sambal Picit, so kita buatlah semangkuk.
Menu lain Ayam Masak Semur, Kobis Lemak Putih, Sambal Udang, Sambal Picit, Ulam-Ulaman, juga Sis ada order dengan kawan Sis masakan Daging Masak Jawa (Godok), juga ada buah dan minuman.
Kawan-kawan datang pun ada bawa, Bubur Cha-Cha, Karipap, Pulut Serunding, juga Buah Pisang Muda. Dah kata takyah bawa ehhhh bawa juga, sayang korang!!. Sambal Picit pun sampai 2x Sis picit hahahaha.
Kawan-kawan ni semua adalah jiran setaman masa Sis duduk di Bukit Indah dulu. Hampir 11tahun stay sana, maunya kami tak rapat. Pelbagai kenangan kami cipta. Dari anak sekolah rendah sampai dah bercucu pun sekarang kami still berkawan.
Lama juga mereka lepak makan, sebab cuti sekolah kan, so memasing free. Itupun lepas semua balik, yang tinggal Geng Loteng Sis. Kitaorang sempat keluar kejap singgah lepak pi Rumah Kopi 38 pulak.
Ginilah kami, kebanyakkannya semua Surirumah kecuali ada sorang dua yang bekerja sebagai Cikgu dan tokey kedai makan. Moga ukhwah kami Allah jaga dan dipertemukan di Syurga nanti. Sayang semua!.
P/S : Meriah rumah! Ini pun ada yang tak dapat join, kalau tak lagi meriah! #alhamdulilah
mmg plan pakai purple ke apa semua ni?
ReplyDeleteYaa Ammi, semua nak pakai purple hihihi
Deletesaya asyik duduk kawasan perumahan yang penuh non muslim... so memang tak ramai kawan la...
ReplyDeleteOoo Sis pun ni dari jiran taman dulu, tapi still ke sana berkawan dan selalu keluar makan sama..
Delete