MAKAN TENGAHARI ‘SUNDAY BRUNCH’ DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Jika tiba hari minggu dan korang tak tau nak bawa family makan mana, atau nak gather-gather dengan kengkawan tapi tak tau di mana, jom korang datang ke Renaissance Johor Bahru Hotel dan nikmati bufet Sunday Brunch mereka.
Biasa Sis datang makan malam sahaja di sini, jarang sekali nak makan tengahari, so sesekali kita cubalah kan. Dan ternyata woww amazing sangattt, walaupun lunch tapi suasana dan menu yang terhidang dah macam makan malam.
Dengan harga RM158nett untuk Dewasa, korang boleh nikmati bufet tanpa had dengan lebih dari 250 jenis menu pelbagai masakan pilihan. Dari dalam hingga ke luar penuh dengan station makanan.
Nama pun Sunday Brunch kann, so semestinya laa orang pun ramai sebab hari cuti umum dan menunya pun tentulah lebih menyelerakan, sebab sarapan merangkap makan tengahari terus! Semua yang Sis lihat semuanya sangat membuka selera.
Dari Seafood on Ice, ada Western juga seperti; Roasted Herbs Potatos dan Chicken Lasagna, juga ada station Pasta, Egg Counter, DIY Sandwich, dan paling menarik Carving Station mereka, terhidang Braised Brisket with Tamarind Glaza, sangat mengiurkan!.
Kalau korang pemakan nasi, juga ada lauk-pauk seperti; Gulai Ikan Tenggiri, Ayam Goreng Berempah, Daging Bakar, Chef Choice Mixed Vegetables dan pelbagai Ulam-ulaman dan aneka Sambal dan Kerabu.
Untuk pilihan menu Asian, mereka menghidang Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Hujan Panas beserta lauk-pauk hidangannya. Dan tak lupa station Bakar-Bakar yang menyajikan pelbagai seafood untuk korang pilih dan di makan dengan pilihan sambal yang sedap.
Masakan menu Chinese dan Indian juga ada, dan pilihan masakan Mee juga ada di sediakan. Paling menarik perhatian Sis station Alfresco, di mana station ini adalah pilihan ikan-ikan segar seperti; Siakap, Salmon juga ikan Barramoli. Yang akan di Grill kemudian di bakar dengan sayuran dan di curah dengan pilihan Sos, memang sangat menyelerakan!.
Juga ada station khas pencuci mulut seperti ; Korean Honey Peached Pear with Peppercorn, Assorted Indonesia Kuih Lapis, Mango Sticky Rice, Assorted Taiwan Mochi, dan banyak lagi!. Pelbagai jenis kuih-muih Melayu, kek dan puding juga tersedia.
Minuman Fresh Juice juga ada, minuman panas dan kordial pun ada. Kiranya Sunday Brunch mereka ni terlalu banyak pilihan menu untuk di makan. Sebab itu Sis kata dah macam makan malam pulakk yerr. Yang penting sangat puashati!.
Juga ada persembahan LIVE BAND sepanjang korang brunch di sini. So korang kalau takde plan hujung minggu ni, jomlah Sunday Brunch di Renaissance Johor Bahru Hotel okkay!
Sunday Brunch
🗓 Every SUNDAY
🕰️ 12.00pm to 3:00pm
🏷 MYR 158 nett per adult
🗓 Every SUNDAY
🕰️ 12.00pm to 3:00pm
🏷 MYR 158 nett per adult
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/7RoomsCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials
Facebook Pages posting : @akusislin
IG REEL posting : @akusislin
TikTok posting : @akusislin
P/S : Rindu pulak nak makan bufett ekkkk ..
Fuh, Nampak sedap..confirm tak mengecewakan ek....lama tak ke sini..huhu
ReplyDeleteYaa Nona, sarapan merangkap lunch, mau tak sedap hahahaha kenyang sampai petang malam ..
Deletesedap sedap semuanmya,... tapi Renaissance Johor Bahru tu jauh betul dari penghujung benua asia ni... otw balik pontian dah lapar semula..hahah
ReplyDeleteYerr juga yerr, makan kenyang, setengah jalan dah lapar balik ekkk hahahahaha LOL
Delete