KISAH HARI RAYA HAJI 2025

KISAH HARI RAYA HAJI 2025

0
KISAH HARI RAYA HAJI 2025. Alhamdulilah di beri lagi kesempatan meraikan Hari Raya Haji bersama Suami, anak-anak dan adik-adik semua. Hanya anak lelaki Sis aja yang tak dapat beraya bersama, dia pulang kampung Isterinya di Trengganu. 

Yang ada ni pun dah cukup meriah! Terlihat kegembiraan di wajah Suami yang mengalu-alukan kedatangan anak-anak dan menantu dan adik-adik Sis semua dengan penuh kesyukuran. Meriah keluarga kecil kami. 

Kisah Hari Raya Haji 2025

Kisah Hari Raya Haji 2025

Seperti tahun lepas-lepasnya juga, rewang raya tetap ada. Kami sama-sama anyam ketupat, rebus ketupat, cuci ayam daging juga rewang di dapur sama-sama memasak. Jumaat sebelum raya, Sis masak Bihun Sup Tulang untuk buka puasa dan juga makan malam. 

Memang seharian semua sibuk di dapur. Suami pun turut membantu sama. Anak-anak saudara juga ringan tulang bantu sama. Paling meriah si kecik tu laa, Cucu Sis. Suka dia ramai kawan bermain. 

Kisah Hari Raya Haji 2025

Kisah Hari Raya Haji 2025

Kisah Hari Raya Haji 2025

Menu pagi raya haji kami adalah ; Ketupat, Palas, Lemang Periuk Kera, Rendang Daging, Sayur Lodeh, Ayam Merah, juga ada menu-menu dari Besan Sis. Yang terkilannya, Sis lupa sangat nak buat Sambal Kacang, aishhhh spoil selera betul . 

Tapi takpelah, menu yang ada ni pun dah cukup bersyukur, semua makan puashati, Allah beri rasa sedap, makan bertambah dan rezeki tu ada aja, sampai licin semua. Pagi tu Sepupu semua datang beraya pun dapat makan sekali. Alhamdulilah. 

Kisah Hari Raya Haji 2025

Kisah Hari Raya Haji 2025

Petangnya anak-anak sedara berkubang dalam kolam, happy memasing. Suami melayan Cucu, adik-adik pula layan Filem Korea, adik ipar pula bantu tebas pokok depan rumah, dan cuci semua periuk kuali dan cuci lantai luar. 

Malamnya kami ada acara tukar hadiah. Bila ingat-ingat balik menang berdekah betullah! Hahahahaha memasing ekkk buat hal, lawakk betul!. Terima kasih semua!. 

Terima kasih Allah atas kebahagian ini ❤️ 
Esoknya kami konvoi ramai-ramai ke Yong Peng.
Buat apa? Nanti Sis update kemudian..


P/S : Moga Allah panjangkan umur kami MENUA bersama. Aamiinn .. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top