BERSERI TANPA FILTER, PERLINDUNGAN TERHADAP UV

BERSERI TANPA FILTER, PERLINDUNGAN TERHADAP UV

0
BERSERI TANPA FILTER, PERLINDUNGAN TERHADAP UV. Memperkenalkan Sunplay Tone-up UV Essence (Biru) Terbaharu Eksklusif di Guardian. Tiada filter? Tiada masalah. Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu dari Sunplay memberikan seri wajah yang lebih segar dan bersedia untuk kamera, sambil melindungi anda daripada sinaran matahari.

Dengan hanya satu olesan, krim tabir suria ini akan memberikan kesan tone-up yang serta-merta mampu membetulkan tona kulit dan mencerahkan seri wajah. Dirumus dengan SPF50+ PA++++ dan Perlindungan Serbuk Mutiara Iridescent Strobe, ia bukan sahaja memberikan perlindungan spektrum luas daripada sinaran UVA dan UVB untuk melindungi kulit anda, malah mencerahkan kulit kusam dan tampak letih untuk tona kulit yang sekata secara semula jadi. 

Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence (Blue)
Selain itu, formulanya yang lembut bebas daripada minyak mineral dan paraben, serta telah diuji untuk alahan, menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif. 

Perlindungan Serba Lengkap : Gabungan Sempurna Perlindungan Matahari dan Penjagaan Kulit

Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) yang baharu diperkaya dengan ramuan mesra kulit untuk menaik taraf rutin harian anda. Asid Hyaluronik memberikan hidrasi mendalam dan menyokong lapisan pelindung kulit, manakala Vitamin C membantu mencerahkan tona kulit secara berperingkat. Ia juga mengandungi Ekstrak Cica yang terkenal dengan sifat menenangkannya sesuai untuk kulit sensitif atau mudah merengsa.

Tekstur Halus, Ringan dan Tidak Terlihat

Tabir suria ini diformulasi dengan tekstur ringan seperti esen. Ia mudah untuk dioles, membolehkannya menyerap dengan cepat dan sempurna ke dalam kulit. Teksturnya yang sangat ringan tidak meninggalkan rasa berminyak, membuatkan ia seperti pelindung tidak kelihatan yang menyerlahkan seri semula jadi anda sambil melindungi daripada cahaya matahari.

Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence (Blue)

Terus Dilindungi sambil Bergembira di Bawah Cahaya Matahari

Seperti kepercayaan utama Sunplay bahawa perlindungan matahari tidak seharusnya menghalang keseronokan, tabir suria tone-up baharu ini menawarkan ketahanan air yang unggul sesuai untuk hari yang panjang di luar, sama ada anda ke pantai atau sedang bergerak aktif. Ia memastikan anda kekal berseri dan terlindung tanpa perlu olesan semula yang kerap.

Sunplay Skin Aqua Tone-Up UV Essence (Biru) baharu berharga RM65.90, eksklusif menerusi kedai fizikal dan secara dalam talian Guardian di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai tabir suria baharu ini, sila layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.


P/S : Sis pengguna Sunplay ni, memang bagus semua produk dia.. 

Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top