BILA SUAMI DAH PANDAI MEMBELI-BELAH DI TIKTOK!. Semalam sampai rumah nak masuk park kereta mata tertumpu di satu sudut, dalam hati ‘barang apa tu?’. Elok selonggok di letakkannya di lantai.
Bila Sis bawa masuk dalam, tengok pada nama penerima, semuanya nama Suami kecuali satu barang kecik tu Sis punya, alaa Sis beli Jeruk Mangga Papalaris lagi ha³..
![]() |
Kotak fragile tu hadiah ‘istimewa’ 🤠|
Tengok pada gambar kotak, mashaallah rupanya Suami beli juga periuk-periuk Dessini tu. Yerrr baru ni Suami ada tunjuk video periuk-periuk tu, Sis tak minta, cuma cakap, ‘Belilah’, sekali betul di belinya ha³.
Cantik pulakk tu. Satu periuk pressure cooker, satu tu periuk masak dan kukus elektrik, ada sambal hijau petai omak Jenny dan satu tu barang (kotak fragile) yang tak terduga Sis Suami boleh belikan hahahahaha.. tak payah tunjuk laaa ha³..
![]() |
Pressure Cooker oren tu cantik giler! |
Tu pun katanya ada satu lagi belum sampai. Sis tanya apa, katanya set periuk Dessini juga hahahahaa.. berapa banyak periukkk daaa.. Jujurnya Sis kurang kenan dengan brand Dessini ni sebab kualiti barang dia semua ringan, Sis suka jenis berat.
Tapi kalau benda dah FREE kan, tak kisahlah, ehhh meloncat laaa kita! Bertambah lagi gadjet memasak di dapur. Duk mikir plakk, mana nak ku letakkk nanti ekkkk..
Terima kasih Suami menceriakan dapur Isterimu ini. Semoga bertambah rezekinya dan terbuka dompetnya belikan lagi periuk-periuk. So kita tunggu periuk seterusnya sampai.
P/S : POV: Sebab tu aku rajin masak hahahahaha..
bagus betul suami sisLin, isteri ni suka je lagi hadiah dari suami.
ReplyDeletecantik je warna oren tu...isterinya suka masak, jadi dibelikan lah periuk belanga
ReplyDelete