SELAMAT HARI ISNIN - JOHOR CUTI PERISTIWA HARI INI. Selamat pagi semua!. selamat berpuasa juga buat mereka yang berpuasa sunat Isnin hari ini. Inshaallah jika dengan izinNya, Sis juga berpuasa harini, Maklumlah, hujung minggu ke sana sini kann, makan, makan dan makan, so harini kita puasa sunat.
Hujung minggu memang hari Sis OFF dari membuka laptop dan update blog. Jika ada pun, hanya ada sesuatu yang hendak di kongsikan, seperti hari mengundi Sabtu lepas. JIka tidak, memang Sabtu Ahad, blog Sis tidak berupdate dan Sis tidak buat blog-walking, harap maaf dan semua faham ya.
Hujung minggu hari 'dating' Sis. Samaada bersama Suami berdua, atau bersama anak-anak dan menantu juga cucu Sis. Kalau ada pun, Sis buka dari handphone, scroll reading list, baca sekilas lalu tapi tidak meninggalkan komen.
So harini baru start nak menulis dan update, juga blog-walking blog kengkawan semua. Reply komen di blog Sis pun akan Sis buat sekejap lagi okayy.. Kita selesaikan Dhuha dulu kemudian Sis ada kelas on9 mengaji, then baru Sis free.. Korang dah dhuha ke belum?
Mencipta kenangan berharga bersama keluarga tidak memerlukan kos yang tinggi, melainkan komitmen masa dan perhatian sepenuhnya daripada korang. Anak-anak membesar dengan sangat cepat, dan memori indah yang dibina hari ini akan menjadi pegangan emosi mereka apabila dewasa kelak.
Ya, hari ini Isnin, 13 Julai 2026 adalah Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri Johor.Pengumuman rasmi ini dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, setelah mendapat limpah perkenan daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail
Tujuan cuti sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung pada hari Sabtu lalu.
Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi telah berjaya mencatatkan kemenangan besar dengan memenangi mandat majoriti dua pertiga (48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri). Beliau juga telah selesai mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam.
P/S : Belum apa-apa dah fikir, 'Nak masak apa hari ini ya?' ... ermmmmm



tahniah orang Johor..
ReplyDeletesilalah masak sesedap ye sis pastu update kat sini
Alhamdulilah...
DeleteMasih sedang fikir nak masak apa ni haa Ammi hehehehe
Seronok orang di Johor cuti panjang.
ReplyDeleteSaya dah tukar alamat IC dan pusat mengundi dari Johor ke NS.
Itu laaa cuti aja kann.. hahahaha
DeleteSelamat mengundi Ujie..
Ada masanya off juga dari blogging ni. Selamat bercuti sis lin.
ReplyDeleteKannn Ezna.. Sis cuti Sabtu Ahad aja..
Deleteselamat bercuti orang2 johor.
ReplyDeleteTerima kasih Shai ..
DeleteTahniah BN menang lagi. Seronok la orang Johor dapat cuti peristiwa hari ni. Saya pun tak BW dan tak update blog hari Sabtu dan Ahad sebab nak spend time dgn anak2 dan Jun.
ReplyDeleteYaa samalah Sis ni Karni.. jarang update Sabtu Ahad dan BW.. kalau rajin jee buat autoupdate, tu pun kalau ada cerita hehehehe
Deletei was away so memang off berblogging for few days..hari ni baru buat entry dan slow2 BW ni
ReplyDeleteYaa baru baca gak tadi posting MZ.. all the best MZ yaaa
DeleteSelamat beristirahat SL.
ReplyDeleteDah macam buat kerja ofis ya... weekend off medsos, Isnin baru start menulis.
Hahahaha kann.. memang biasa sabtu ahad off, sebab fokus pada urusan family
DeleteSyiok laaa dapat sambung cuti hehehe
ReplyDeleteAlaaa Laki aku keje juga hahahahaa
Deletehuntong arrr org johor dpt cuti boleh rehat2 no monday blues hari ni ;-)
ReplyDeleteKannn.. kita ni surirumah, hari-hari coti hahahaha
DeleteTahniah bangsa johor.
ReplyDeleteSelamat bercuti kepada yang terlibat.
Alhamdulilah.. thanks Wak
DeleteSeronok la semua orang Johor..tahniah BN..selamat berehat Sis Lin..masak apa tuuu?
ReplyDeleteYahuuuu... harini (Selasa) tak masak, sebab balik kelas dah kenyang tadi SA
DeleteSyoknya orang Johor dapat cuti extra. Long weekend lah kan. Takdelah monday blues. Saya pun macam tu, weekend tak update blog tapi dah siap-siap schedule untuk weekend. Kalau ada masa tak buat apa baru lah blogwalking.
ReplyDeleteYerr tapi tu laa umum dah lambat, so ramai juga yang terus balik ke Johor lepas mengundi di KG memasing hehehe
DeleteCompany sy dpt cuti ganti je..he he..Nak pakai time cuti panjang sikit...
ReplyDeleteBaguslah ada juga cuti Nona hahahaha
DeleteBahagia dapat cuti extra..
ReplyDeleteKannn... tapi Johor ni banyak betul cuti huhuhu
DeleteBestnya dapat cuti free. Orang kerja memang suka sangat la.
ReplyDeleteHehehehe kita yang surirumah ni, dapo tetap berasap kannn
Delete