DONE MENGUNDI!. Meriah harini sana sini tunjuk jari. Marilah keluar mengundi korang! Satu undi sangat berharga!. Kenapa? Ko fikirlah semdiri, malas nak ulas panjang-panjang, salah tulis kang, sentap plak!. Makanya sila buat pilihan yang bijak sendiri laa ek..
Seawal pagi jam 9am Sis dan Suami dah keluar mengundi. Mulanya Suami ajak sarapan dulu, tapi Sis macam dah agak, rasanya mesti Suami nak makan nasi padang selepas habis mengundi, kita tengokkan aja laa nanti.. Kami mengundi di pusat mengundi Sekolah Agama Dato Abdullah Esa DUN Larkin (N44). Sis saluran 4, Suami saluran 3.
Lancar betul prosesnya. Saluran 4 kena tingkat atas, tak ramai pun, Sis hanya beratur menunggu seorang di depan, berbeza saluran 3 Suami, ramai beratur. Keluarkan IC, nama di sebut, masuk kandang mengundi, buang kertas undinya, dah selesai!. Sis turun, menunggu Suami yang masih belum selesai lagi.
Sambil menunggu, melihat gelagat orang ramai yang masuk ke dalam pusat mengundi. Ada yang datang kelam kabut tak tau nak pergi saluran mana bila di tanya, terpinga-pinga memasing. Nasib baik ada di sediakan kaunter semak nama di depan. Ada yang datang terjerit-jerit, entah apa masaalah derang ni, tak boleh cakap slow-slow ke.. tau laa awak tu saluran berapa, petugas tu cuma nak tunjukkan laluan ko, ini terjerit-jerit bagitau dia punya saluran adoii laaaa..
Selesai semuanya, Suami ajak singgah kedai makan Nasi Padang Minang depan sekolah tu. memang dah agak dah, lepas undi mesti dia nak pekena nasi padang hahaha, dah alang-alang sampai situ kann. Ramai betul orang, sana sini jalan jem. Nak keluar dari kawan tu pun punyalah payahnyaa.. nasib ada yang jaga jalan.
Cuma kadang kesian laa yang tua-tua tu haa datang. Tapi bagus penjaga pusat mengundi ni, mana yang warga emas turun dari kereta, mereka cepat bagi bantuan, sorong dan papah sampai amsuk ke dalam. Orang-orang muda belia semua. Sopan menyantuni semua orang. Syabas!.
Mana-mana kedai makan sederet depan sekolah tu pun, semua penuh. Masing-masing melepaskan kehaudan dan kelaparan selepsai mengundi. Ada yang abwa anak semua. Cuaca pulak masa Sis sampai memang panas. Abang-abang [olis pun ramai di kawasan mengundi, jadi apa-apa masaalah boleh dapatkan bantuan dengan mudah.
Rasa lega dah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Inilah peluang kita. Siapa menang, atau kenapa kalah, itu pilihan rakyat juga.. so terima aja laa apa jua keputusannya nanti.. Moga Johor terus maju dan bertambah aman damai.. inshaallah ..
P/S : Korang dah mengundi belum tu? ..







Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.