SELAMAT HARI ISNIN - JOHOR CUTI PERISTIWA HARI INI. Selamat pagi semua!. selamat berpuasa juga buat mereka yang berpuasa sunat Isnin hari ini. Inshaallah jika dengan izinNya, Sis juga berpuasa harini, Maklumlah, hujung minggu ke sana sini kann, makan, makan dan makan, so harini kita puasa sunat.
Hujung minggu memang hari Sis OFF dari membuka laptop dan update blog. Jika ada pun, hanya ada sesuatu yang hendak di kongsikan, seperti hari mengundi Sabtu lepas. JIka tidak, memang Sabtu Ahad, blog Sis tidak berupdate dan Sis tidak buat blog-walking, harap maaf dan semua faham ya.
Hujung minggu hari 'dating' Sis. Samaada bersama Suami berdua, atau bersama anak-anak dan menantu juga cucu Sis. Kalau ada pun, Sis buka dari handphone, scroll reading list, baca sekilas lalu tapi tidak meninggalkan komen.
So harini baru start nak menulis dan update, juga blog-walking blog kengkawan semua. Reply komen di blog Sis pun akan Sis buat sekejap lagi okayy.. Kita selesaikan Dhuha dulu kemudian Sis ada kelas on9 mengaji, then baru Sis free.. Korang dah dhuha ke belum?
Mencipta kenangan berharga bersama keluarga tidak memerlukan kos yang tinggi, melainkan komitmen masa dan perhatian sepenuhnya daripada korang. Anak-anak membesar dengan sangat cepat, dan memori indah yang dibina hari ini akan menjadi pegangan emosi mereka apabila dewasa kelak.
Ya, hari ini Isnin, 13 Julai 2026 adalah Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri Johor.Pengumuman rasmi ini dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, setelah mendapat limpah perkenan daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail
Tujuan cuti sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung pada hari Sabtu lalu.
Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi telah berjaya mencatatkan kemenangan besar dengan memenangi mandat majoriti dua pertiga (48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri). Beliau juga telah selesai mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua semalam.
P/S : Belum apa-apa dah fikir, 'Nak masak apa hari ini ya?' ... ermmmmm



Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.