Inshaallah, seperti rakyat Johor yang lain, Sis juga akan turun mengundi. Tempat mengundi Sis adalah di Sekolah Agama Dato’ Abdullah Esa, DUN Larkin (N44). Semoga semuanya dipermudahkan dan proses mengundi berjalan dengan lancar.
Bagi Sis, mengundi bukan sekadar memangkah kertas undi. Ia adalah satu amanah dan tanggungjawab sebagai rakyat. Walau apa pun pilihan masing-masing, yang penting kita keluar mengundi dan menggunakan hak yang telah diberikan. Jangan biarkan orang lain menentukan masa depan negeri kita sedangkan kita sendiri tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.
Bagi yang pertama kali mengundi, jangan risau kerana prosesnya sebenarnya sangat mudah.
Sebelum keluar rumah, pastikan anda membawa MyKad. Tanpa kad pengenalan, korang tidak dibenarkan untuk mengundi. Sebaiknya juga semak terlebih dahulu pusat mengundi, saluran dan nombor giliran melalui aplikasi atau portal MySPR Semak supaya lebih mudah apabila tiba di pusat mengundi.
Apabila sampai di pusat mengundi, ikut papan tanda yang disediakan dan pergi ke saluran mengundi yang betul. Serahkan MyKad kepada petugas untuk pengesahan identiti. Selepas nama disahkan, jari akan ditandakan dengan dakwat pilihan raya sebelum korang menerima kertas undi.
Masuklah ke tempat mengundi yang disediakan dan pangkah SATU calon pilihan anda. Pastikan pangkah dibuat di dalam kotak calon tersebut dan jangan membuat sebarang tanda lain pada kertas undi supaya undi tidak rosak. Setelah selesai, lipat semula kertas undi dan masukkan ke dalam peti undi.
Mudah sahaja, kan?.
Selain itu, beberapa perkara juga perlu diingat. Datanglah dengan berpakaian sopan, patuhi arahan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), elakkan memakai atau mempamerkan bahan kempen di dalam pusat mengundi dan sentiasalah menjaga adab sepanjang berada di sana.
Paling penting, keluar awal jika boleh bagi mengelakkan kesesakan terutama pada waktu tengah hari. SPR juga mengingatkan semua majikan supaya memberi tempoh yang munasabah kepada pekerja yang berdaftar sebagai pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi.
Apa jua keputusan yang bakal diumumkan nanti, semoga semuanya berlangsung dengan aman, tertib dan penuh semangat demokrasi. Hormatilah perbezaan pendapat dan pilihan setiap orang. Kita mungkin berbeza parti atau calon pilihan, tetapi kita tetap rakyat Johor yang sama-sama menginginkan negeri ini terus maju, aman dan sejahtera.
Akhir kata, selamat mengundi buat seluruh rakyat Johor. Semoga Allah SWT memelihara Johor Darul Ta’zim dan mengurniakan yang terbaik buat negeri serta seluruh rakyatnya. Aamiin.

P/S : Korang mengundi di mana?

Wahhh dah mengundi ya sis lin. Selamat mengundi. Saya datang sini sehari sebelum sis mengundi.
ReplyDeleteselamat keluar mengundi esok
ReplyDeleteIni berarti utk Johor saja kan? States lain tak ada pilihan raya ?
ReplyDeleteSemoga yg terpilih benar2 orang yg akan amanah terhadap rakyat Johor ya kak ☺️