SEHARIAN SIBUK DI KEBUN DURIAN!. Alhamdulilah, curi masa sekejap selepas mengemas rumah, pagi tadi ada kelas tadabbur di rumah Sis. Ni baru sempat nak bukak laptop dan jenguk blog dan reply komen-komen, dan belum sempat lagi nak blog-walking, nanti dah betul free Sis blog-walking blog kengkawan yaa.
Semalam seharian sibuk di kebun durian, tak sempat nak update blog dua tiga posting, mana sempat aja update sebab pepagi lagi dah keluar menuju ke MUO, nak masuk kebun durian. Tapi bukanlah kebun Sis, tumpang kebun orang kikiki. Plan day-trip ni, Ustazah Wan Jah Sis yang plan, Sis hanya di ajak untuk memenuhi ruang kerusi kereta.
Kalau kata ikut sebab nak borong durian tu, memang tidak, sebab dalam freezer pun masih ada dua bekas durian huhuhu..
Kami gerak 7 orang dalam satu kereta. Dalam perjalanan sempat lagi Ustazah bukak kelas on9 untuk bacaan doa musafir. Alhamdulilah perjalanan pun lancar aja. MUO di mana? Lupa dah Sis di mana laa.. owner kebun ni adalah salah seorang sahabat tadabbur kami, Kak Sabariah. Dia yang ajak Ustazah datang kebunnya dan Ustazah bawa geng-gengnya (kami ler) hihihihi.
Singgah dulu di rumahnya Kak Sabar (wow biru mata memandang), kami di hidangkan dengan Mee Bandung. Memang perut pun laparkan, so berselera kami makan. Lepas makan terus kami di bawa masuk kebun. Tapi kenalah naik kereta untuk ke kebun. Jarak rasa dalam 5km macamtu laa.
Sampai kebun, kuss semangattt.. banyaknya durian weyyyyy... Ustazah dengan Kak Timah kemain lajuu masuk kebun. Excited betul depa mengutip durian yang jatuh. Yaa banyak durian yang jatuh tapi belum di kutip. So rezeki kamilah dapat rasa pengalaman mengutip durian.
Bila di tanya durian apa, Kak Sabar kata, semua durian baik, takde durian kampung yaa. Antaranya ; Durian ioi, durian D24, durian tembaga dan durian 99. Ada ekk durian 99, ingatkan emas jerr ada 99 tu hehehehe.. Tapi seriuslah cakap, memang terbaekkk arr durian dia weyyyy..
Bukan takat jual pun murah, kami juga di jamu makan durian di situ juga. Satu biji ke satu biji tokey kebun hulur, rasa semua sedap, semua Sis suka, sebab rasa pahit-pahit.. kalau rasa lemak-lemak dan rasa manis, Sis kurang suka.
Bila dah suap seulas, makanya akan berulas-ulaslah masuk dalam mulut oii.. kena kontrol nafsu gamaknyaa.. dah lerr nak amik darah Isnin ni. Makan durian tak ingattt donia!!. Kalau korang nak tau harga durian yang di jual adalah ; durian campur jenis RM5 SEKILO, durian D24 RM6 SEKILO!! Tak ke murah sangattt harganya kannnn.. kitaorang terpinga dengar harga.
Bukan sebab Ustazah mereka jual murah, tapi memang banyakk duriannya. Itu yang gugur, belum lagi yang di atss pokok tu, kemain bersusun duriannya. Geramm nengokkk.. Cuma tu laa, duduk lama dalam kebun, gatal weyy kena gigit nyamuk huhuhu..
Masing-masing semua memborong. Ustazah beli 10 kilo, Kak Sza pun beli 10 kilo, Widya pun 10 kilo, Nana beli 5 biji, Kak Shida beli 5 biji, hanya Sis aja tidak membeli yaa.. cukuplah dapat makan durian free di kebun tu, pun dah puashati gilerrr..
Bukan taknak beli.. tak kiralah murah ke, tapi sebab kat rumah ada dua bekas tu, so memang taknak tambah lagi. anak-anak pun kalau di tanya taknak.. nak tanya kengkawan? Maaflah, Sis pun tumpang naik kereta orang, so malas laa nak belikan kiriman orang.
Lepas dah settle di kebun, kami balik semula ke rumah kak Sabariah. Solat jamak Qasar dan kami di hidangkan pula dengan menu Nasi ayam. Mashaallah sungguh nikmat dari Allah mana lagi yang hendak kau dustakan... sungguh baikhati kak Sabariah.
Manggis dan rambutan pun banyak.. tapi Sis geramkan pokok-pokok dukong yang di atas pokok di kebun tu. Pakkal belum masak sepenuhnya, kalau tidak mau Sis borong 10 kilo, Sis suka buah dukong tu.. Inshaallah ada rezeki, Ustazah kata nanti kita pi lagi yaaa..
Selesai semua perkara, kami beransur pulang. Sumbatlah segala buah semua dalam bonet kereta tu,. Kena tahanlah hidung memasing yaa dengan bau durian dalam kereta, tapi sebab semua pun suka durian, so takde masaalahlah dengan baunya hahahaha..
Moga Allah membalas segala kebaikan Kak Sabariah sekeluarga menghidang dan menyantuni kamis emua sepanjang di MUO. Ada rezeki nanti kami datang borong buah lagi ya kakk..
P/S : Cuaca panas betul masa tu, ireng kulit muka hahahaha (nampak sangat orang bando kan!)..












Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.