TADABBUR SURAH AL-ANBIYA' AYAT 17 DAN 18. Surah Al-Anbiya' ayat 17 hingga 18 membicarakan tentang tujuan penciptaan alam dan sifat kebenaran. Allah SWT menegaskan bahawa Dia tidak menciptakan alam semesta untuk main-main (bermain-main). Kebenaran (al-Haqq) pasti akan menghancurkan dan melenyapkan kebatilan (al-Batil), sehingga Allah mengingatkan manusia agar tidak menuduhNya dengan perkara yang tidak layak.
Ayat 17: Allah menolak dakwaan karut kaum musyrikin atau golongan yang menisbahkan anak atau isteri kepada Tuhan. Sekiranya Allah ingin mengambil sesuatu yang melalaikan (seperti bermain-main atau memiliki anak), sudah pasti Dia boleh melakukannya terus daripada sisi-Nya tanpa perlu bersusah payah, tetapi Allah Maha Suci daripada sifat tersebut.
Ayat 18: Konsep agung tentang pertemuaan antara kebenaran dan kebatilan. Allah menyatakan bahawa Dia melemparkan kebenaran kepada kebatilan. Kebenaran itu laksana peluru yang memecahkan kepala kebatilan (menggambarkan kehancuran total) sehingga ia lenyap. Ayat ini juga ditutup dengan ancaman azab bagi mereka yang membuat pendustaan terhadap Allah.
Pengajaran Tadabbur & Hikmah
Dunia Ini Serius: Penciptaan langit dan bumi serta diri manusia tidak dilakukan secara sia-sia. Setiap kejadian mempunyai matlamat, iaitu untuk diuji siapakah yang terbaik amalannya dan untuk manusia beribadah kepada-Nya.
Kebenaran Pasti Menang: Dalam berdakwah dan mengharungi kehidupan, kebenaran (agama Islam dan ajarannya) akan sentiasa memusnahkan kebatilan. Apabila kebenaran dibawa dan ditegakkan, kebatilan akan hancur dan lenyap kerana ia tidak mempunyai asas yang kukuh.
Ketegasan Akidah: Segala bentuk penyelewengan akidah, syirik, dan tuduhan karut terhadap Allah SWT (seperti mendakwa Allah mempunyai anak) adalah satu bentuk kebatilan yang akan dibanteras oleh kebenaran wahyu Allah
Alhamdulilah dengan izin Allah dapat lagi bersama tadabbur sisters masuk kelas tadabbur bersama Ustazah Wan Jah. Diam tak diam, kami dah tadabbur sampai surah Al-Anbiya juzuk 17. Setiap Khamis kami ke Eco Botanic kelas di rumah salah seorang sahabat tadabbur kami. Selasa di Bandar Seri Alam atau bergilir di rumah Sis di Taman Scientex.
Rezeki kami semalam di sajikan dengan menu Nasi Maqluba Kambing. Kambing tu kambing korban kata Kak Sza. Kemain sedap makan semalam. Dagingnya lembut dan takde rasa kambing pun. Nasinya makan begitu saja jerr dah sedap. Rambutan pun dari kebun kak Sza juga.
Habis kelas, kami ke Mall of Medini pulak beramai-ramai. Konon nak makan Toseii di Restoran Faz, ownernya salah seorang sahabat tadabbur kami, Kak Fatimah. Tapi bukan rezeki kami, rupanya dari jam 12 - 3pm, kaunter roti di tutup, so kalau nak makan, kena tunggu jam 3pm, takde rezeki kami. Next time aja laa kann kita datang lagi.
Lepas ni setiap kali ada kelas, Sis akan update menulis pengajaran tadaabur yang Sis belajar. Semoga ianya menjadi sebahagian sebar dakwah kecil Sis untuk korang semua. Terima kasih juga buat Ustazah dan semua sahabat tadabbur Sis yang sentiasa menjadi circle yang selalu mengingatkan ke jalan Allah, alhamdulilah, moga semuanya sentiasa sihat selalu.
Tadabbur hanya dua atau tiga ayat tiap kelas, tapi huraian tadabbur dari surah-surah yang berkenaan sangat banyakkkk..alhamdulilah ..
P/S : Korang kalau nak join, boleh join dalam Google Meet setiap kelas ...






Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.