MASAK LEMAK PISANG MUDA - SUAMI PUJI SEDAP. Semalam masak sedap betul (puji diri sendiri). Sis masak lemak pisang muda. Pisang muda tu kawan Sis yang bagi. Semua pisang muda, cuma Sis lupa pulak, pisang apa dia bagi ek. Tapi bila nampak pisang muda, memang mindset terus dapat idea, nak masak lemak pisang muda.
Kebetulan ada pula ikan kurau asin punya tulang, Sis masukkan sekali. Letak biji hitam juga supaya makan tak angin badan. Buat pekat-pekat santan, ishh sedap betullah makan semalam. Suami balik semalam pun mulanya kata dah kenyang, time Sis panaskan lauk tu, ehhh dia kata nak makan, tak tahan bau lemak pisang dan ikan asin tu katanya hahahaha..
Owang pompuan ni, kembang kuncup hidung bila Suami puji masak kita sedap kan hihihi..
Bahan-bahan :
- 1 sisir pisang muda
- 1 kotak santan kecik
- Segenggam ikan bilis (atau udang kering)
- 1 keping asam gelugor
- Lada hitam sesudu (tumbuk)
- Tulang ikan asin kurau
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya untuk kuah lemak
Bahan Kisar Halus :
- 1 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
Cara Memasak :
- Potong pisang muda (bersama sedikit kulitnya jika suka). Rendam bersama sedikit garam dalam 2/3 jam, kemudian toskan airnya.
- Kisar atau tumbuk bahan yang ditetapkan.
- Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis. Kacau sentiasa dan biarkan mendidih. Masukkan air juga untuk adjust kuahnya.
- Masukkan pisang dan asam keping.. Perasakan dengan garam.
- Biarkan ia mendidih seketika dengan api perlahan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Tutup api dan sedia dihidang.
Harini rajin sikit kann, so Sis salin resepi tu. Ada pisang, korang boleh cuba. Nak pedas, letak cili padi sikit. Tapi Sis tak letak, sebab dah letak lada hitam tu. Ikutlah gaya dan cara memasing kan. Ini cara Sis masak. Kang ada pulak yang komen memacam itu tak letak, ini tak payah letak, ko tau je laa nitijen ni kannn hahahaha..
Harini dapo Sis OFF, dah bagitau Suami, harini tak masak. Pagi tadi sempat buat sarapan Nasi Goreng Ikan Bilis dan makan sarapan bersama dengan Suami pagi tadi. Licin sepinggan Suami makan walau dia kata pedas hahahaha.. harini banyak kerja kata Suami, dia mengadu itu ini laa pasal kerja sambil makan.
Moga Allah beri kesihatan yang baik buat Suami Sis, Terima kasih sentiasa kerja kuat untuk 33 tahun bersama. Moga Allah pelihara hubungan kami dari segala iblis dan bisikan syaitan.. Aaamiinn..
P/S : Malam tadi mimpi bangun tidur, rumah terapung penuh air.. punya takutt, berpeluh-peluh bila tersedar huhuhuhu..



Siapa lagi nak puji diri sendiri kan. Tambah pulak tu dapat pujian husband. Maksudnya sedap betul tu.
ReplyDeleteSuka juga lauk ni tapi suka yang mak masak. Kalau masak sendiri tak pernah lagi. Ala rindunya masakan arwah mak..huhu...
ini kalau cuba masak ni mahu ada menangis sambil makan. huwaaa...