MASAK SIPUT SEDUT LEMAK TEMPOYAK. Salam hari Isnin semua!. So how korang punya hujung minggu?. Harap korang semua sihat ya. Sis macam biasalah, Sabtu Ahad memang tak update blog, bizi ke sana sini, luang masa dating dan jalan-jalan cari makan bersama Suami.
Harini nak share masakan cubaan pertama Sis atau Sis buat kerja giler masak Siput Sedut Lemak Tempoyak. Tapi siapa sangka dan tak sangka sedap hokayyyy!!. Mula takut gak entah apa rasa kan, dah siap masak, sekali sedut, fuhhhh mantap!!.
Serius sedap! Bagi peminat tempoyak dan siput sedut, boleh try sebab bila ko sedut aja siput sedut tu, terasa-rasa lemak tempoyak dia tu. tapi kena buat pekat-pekat tau! Kalau cair memang tak sedap!.
Haritu masak siput sedut tu, Suami kata tak payah masak sebab dia balik lambat ada jumpa client so Sis apalagi order siput sedut sebungkus RM22 siap bersih, then masak lemak tempoyak. Suami takde balik makan kan, so kita masak tempoyak!.
![]() |
| Tak best ceritanya! 4/10 ⭐️ |
Memang tak sangka sesedap ini Sis masak kali ni hi³ (puji diri sendiri). Seperiuk tu Sis makan seorang meratah sambil makan nasi. Takde lauk lain. Nak goreng telur mata pun malas, syokk menyedutt aja.
Paling gilerr, bawa siput makan deoan TV sambil layan filen Suzanna dekat Netflix hahahahaha .. #adaakukesah .. aku yang kemas rumah, so what?!..
P/S : Live update from Melaka with ❤️




Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.