DAH BESAR CUCU-CUCU NENEK. Rasanya lama tak update cerita cucu-cucu Sis kan? Maklumlah Neneknya pun sibuk. Sejak dah tak menjaga Cucu ni, memang penuh aktiviti Sis, so jarang juga jumpa Cucu, kecuali kalau hujung minggu, Sis dan Suami pergi ziarah anak-anak dan sekali jumpa Cucu.
Alaa zaman sekarang jangan berkira sangatlah kita sebagai orang tua datang cari Cucu atau datang ke rumah anak. Kita pun kena faham, hujung minggu tu laa masa untuk anak berehat di rumah settlekan kerja rumah, lagi pula kalau keduanya sama bekerja kan?. Jadi selalunya Sis dan Suami yang akan datang singgah ke rumah anak sekejap dan jumpa Cucu-Cucu Sis.
![]() |
| Khalish dah 3 tahun |
Cuma kadang Cucu yang di Bukit Indah tu je laa jauh sedikit dan Sis jarang ke sana berjumpa, memang tunggu anak menantu balik ke rumah baru dapat bermain dengan Cucu tu. Tapi dalam group wasap, haa penuhlah dengan video dan gambar Cucu Ibu dan Ayahnya hantar hihihi..
Dua-dua dah besar, Khalish dah umur 3 tahun dan Amsyar pula dah 6 bulan, sekejap semua dah membesar. Khalish mulut dah pandai betah bercakap, ada jerr cakapnya. Mana taknya, seumur setahun dah masuk sekolah. Amsyar pula dah mula nak merangkak dan mulut pun agak bising, pantang di agahnya, cepat dia gelakk tersengehhh hahahaha..
![]() |
| Amsyar dah 6 bulan |
Bulan Januari tahun depan keduanya akan sambut birthday yang sama, cuma tarikh aja berbeza. Datuknya dah plan nak sambut birthday Cucu-Cucunya nanti, inshaallah moga Datuk terus sihat yaa, kita sambut birthday sesama.
Sis anaknya 3 orang, 2 perempuan, dan seorang lelaki (bongsu) Semua dah mendirikan rumahtangga. Khalish 3 tahun Cucu dari anak Sis no2 (perempuan), dan Amsyar cucu dari anak lelaki Sis bongsu. Cuma anak yang sulung belum ada rezeki. Sebagai ibu bapa, Sis tak pernah tanya mengenai zuriat mereka, biarlah mereka plan sendiri. Lagipun, semuanya urusan Allah.
Dah ada 2 orang Cucu ni pun dah cukup bahagia. Kami sekeluarga kalau berkumpul, riuh rumah di buatnya, walau kami tak ramai.. Moag Allah lanjutkan usia kami berdua suami isteri untuk terus menikmati kebahagiaan bersama anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu semua..
U'izukaa bikalimaatillaahit-tammah, min kulli syaithanin wa hammah, wa min kulli ‘ainin lammah. "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa, dan pandangan mata yang jahat
Dalam usia cecah 50an (Sis) dan 60an (Suami), takde apa yang lebih mengembirakan, selain dapat bersama anak-anak dan masih bersama dalam menempuh alam perkahwinan ini.. ujian, dugaan silih berganti, tapi sentiasa mensyukuri nikmat..
P/S : Korang dah berapa orang cucu? hihihi..



Post ler gambar Khalish dgn Amsyar pakai baju yang kiteorg hadiahkan tu hihi. Nak tengok anak sendiri pakai, takde anak kecik dah sbb kilang dah buat clearance sale 🤣
ReplyDelete