MENU HARI ISNIN - KARI IKAN TENGGIRI, TAUGEH GORENG KUCAI DAN IKAN ASIN GELAMA. Macam lama tak update masak-masak dari dapur Sis kan. So harini kebetulan kita dah siap masak awal, kita update laa sementara ada masa ni haa. Lepas dah update ni Sis nak naik atas, terus nak kerjakan kain baju pulak. Yang mana nak di cuci, nak lipat, nak susun, nak gosok, semuanya nak settlekan harini. Sakit mata nengoknya.
Balik dari KK Taman Cendana tadi, Sis keluarkan ikan tenggiri dan rendamkan sekejap sementara Sis siapkan bahan dan bersihkan taugeh. Malas nak buang ekor taugeh, just buang kepala hitamnya aja, alaa buat makan sendiri tak kisahlah kann.
Ikutkan malas juga nak masak sebab makannya seorang, tapi teringin beno nak makan kari tenggiri ni, lagi pulak ikan tenggiri yang Suami beli ni fresh, tambahlah geramm nengoknya. Seekor potong dapat 8 keoing termasuk kepala dan ekor, Sis masak 3 ketul isi aja, lain simpan dulu.
Singgah acheh gak tadi, beli bendi dan juga ikan asin gelama. Sedap pulak nampak tergantung ikan asin tu. Cuma harini malas nak buat sambal belacan, Sis hanya makan sambal belacan segera yang di beli dari Bandung baru ni. Pun sedap, cuma agak manis sambalnya.
Masak bukan susah sangat, blend semua, tumis, kendian masuk semua bahan. Tak susah mana pun kan, tapi kenapa kadang ada orang malasnya nak masak ekk.. alasannya sebab malas nak kecahkan dapur erghhhhh alasan yang aku rasa nak ketukkk jerr senduk atas kepala dia.
Engko dah masak, kemaslah.. bukannya ko masuk perang pun, apa punya manusia macamtu.. Kalau Sis, malas masak, aaaa sendiri laa lapar yaaa.. boleh beli, tapi semua tak kena selera tekak, masak sendiri juga baru sedap, bertambah nasi..
Korang masak apa harini? ..
P/S : Kalau rajin petang ni nak buat Serawa Durian, bagi jiran-jiran,, durian banyak betul dalam esbox tu laa ...



Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.