Breaking

Friday, January 09, 2015

MUSIM SESUAI KE KOREA

Assalamualaikum wbt..


Annyeonghaseyo?..
Hohohoho speking Korea lagi hahahaha takpe, latih molot sebut selalu, nanti kot2 ada rezki nak ke sana, kan dan biasa. Maksud dia? Maksud Annyeonghaseyo? tu iailah 'Apa Kabar? How are you? ada banyak maksud, tapi aku lebih tekankan maksudnya apa khabar kamu ? hehehhe
Ok kali ini nak kongsi pulak musim yang paling sesuai kalau nak melawat ke Korea. Ye la, buat simpanan kat blog sendiri, nanti kalau ada rezki ke sana, cari dan search je dalam blog sendiri hehehe lebih mesra alam gitu hehehe *kan +retna yusof  kannn wekk :p


Negara Korea ni ada 4 musim..

MUSIM PANAS-SUMMER

Bulan Jun,Julai,Ogos
Cuaca musim ini panas,lebih kurang macam dekat Malaysia
Waktu ini ramai rakyat korea akan ke pantai
Kadang-kadang hujan turun dengan lebat pada musim ini
average temperature 35’c
Kalau pergi masa musim panas ini,sila bawak cermin mata hitam,minum banyak air dan jangan lupa payung

Pakaian :
Jacket – Tidak perlu.
Sweater – Mengikut keperluan
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai bagi lelaki . Jika lengan panjang, fabrik kapas.
Seluar – Tidak  tebal.
Sarung Tangan – Tidak Perlu.
Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai seperti sandal.
Stoking -Mengikut keperluan.





MUSIM SEJUK-WINTER

Bulan Disember,Januari,Februari
Siapa hendak main salji boleh pilih musim sejuk
Average temperature -10’c
Sejuk..freezing
Jangan lupa bawak baju sejuk tebal-tebal ye :)

Pakaian :
Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)
Sweater – Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lainnya dan paing utama long john..
Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.
Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.
Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.
Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.





MUSIM BUNGA-SPRING

Bulan Mac,April,Mei
Siapa hendak tengok bunga sakura boleh datang masa musim ini
dengan langit yang membiru,mesti best jalan-jalan
average temperature 10’c..still sejuk kan
Jadi jangan lupa bawak jaket tebal

Pakaian :
Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.
Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya
Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.
Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.
Kasut – Bertutup.
Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.





MUSIM LURUH-AUTUMM

Bulan September,Oktober,November
Masa yang sangat sesuai nak lawat Korea
Boleh tengok daun-daun bertukar warna dan berguguran di bumi
Kebanyakkan yang telah sampai musim ini menyatakan pemandangan korea waktu ini sangat cantik.
Average temperature 20’c (agak sejukkan..)
Kalau pergi musim ni,sila pakai footware yang sesuai sebab akan banyak berjalan untuk menikmati pemandangan yang indah di Korea

Pakaian :
Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!
Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.
T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.
Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.
Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.
Kasut – Bertutup lebih sesuai.
Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.




Kalau anda, musim mana yang paling anda suka dan ingin rasa ?
Kalau tanya Lin, Lin suka musim sejuk/salji..
Bukan senang nak jumpa salji kat Malaysia kann, bukan senang lagi, memang takde..tak taulah kalau kuasa Allah turun salji kat Malaysia ni huhuhuh... :)






P/S: Menghitung hari..ermmm nebess gileeeeee....


2 comments:

  1. Amboiiii... amboii... cuba pegang oce batu dlm peti sejuk dl.. klu bole tahan br bole main salji hahaha

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sis....bestnya nak pi main salji....jgn lupa ole2nya kalau ke Korea yer...wawaawaaa....:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..