SUSU FERNLEAF 100% SUSU TENUSU DARI NEW ZEALAND

10/13/2018 08:38:00 AM

SUSU FERNLEAF 100% SUSU TENUSU DARI NEW ZEALAND | Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, pakar tenusu di ladang New Zealand sangat bangga dalam hasil kerja mereka, mereka memastikan susu-susu yang di hasilkan berkualiti tinggi dan tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah peroduk sedia untuk di pasarkan. 
Warisan dan kepakaran mereka menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ini. 


Lembu Tenusu Dan Rumput

Tahukah anda bahawa bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput? 
New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. 
Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa berkurung dalam kandang, yang mana rumput mereka adalah rumput yang berkuali tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu mereka secara langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu, lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang. 



Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi 

Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. 


Penuh Dengan 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand

Kini Fernleaf UHT mengeluarkan keluaran terbarunya iaitu Full Cream, Low Fat and Chocolate. Tersedia dalam pack 1 liter dan juga 200ml . Semestinya ianya sesuai di minum oleh dewasa dan juga kanak-kanak. Susu yang di proses secara semula jadi yang sememang rasanya 100% Mmmmm
Sehidangan susu mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Protein, Vitamin A, Vitamin D dan Kalsium tanpa bahan penggalak susu. 
Dan semestinya HALAL
Peringatan: Tidak sesuai untuk bayi berumur di bawah 12 bulan.


Anda boleh dapatkannya di semua pasaraya atau di kedai-kedai berhampiran anda pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter.
100% Mmmmm! Rasai keenakan susu Fernleaf UHT yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand. Sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Atau boleh layari laman Facebook Fernleaf Malaysia  untuk dapatkan maklumah lebih terkini .






P/S: Sis ko tak berapa suka minum susu, tapi bila dah rasa yang perisa coklat tu, jatuh cinta pulak hahaha, sangat sedap ko, tak rasa lembu hahahaha. ternyata #100Mmmmm 


You Might Also Like

16 Orang Komen

  1. comelnya lembu tu. samalah! suka jugak yang coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, comel lembu sebab tu susunya sebab @Shafyqah hahaha..

      Delete
  2. Mooooo hahahha kte suka yg coklat gak ~ bebelancikmin

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kann kann lagi pulak kalau sejuk kan @Sunah ..

      Delete
  4. Kita mmg sejak dulu suka perisa coklat tapi memandangkan bdn pon dh mcm mmm mmm. . Terpaksalah brtukar ke low fat, kahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kita memang tak suka susu sebenonya Kak @Seri, yang coklat ni pulak jd sedap..low fat ke apa fat ke, memang tenung susu dlm cawan kalau nak minum hahahaha

      Delete
  5. Chik Tie pun tak minum susu putih, kena minum yang ada perisa jugak haha. Bercinta kalau nak kena minum susu putih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe Lin minum kalau time sakit dan dalam pantang bersalin je @Nurhayati hahaha melampau kan hahaha

      Delete
  6. susu perisa coklet fernleaf ni memang sedap. tiber saya pun suka rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar, sedap sokmo kannn...lagi kalau sejuk ..

      Delete
  7. Sama ! bukan susu lover, tapi kalau berperisa coklat, memang favourite ever !
    Thanks info sis !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa..sama laa kita @Nona..hehehehe

      Delete
  8. suka yang perisa coklat tu..sedap oii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa laaa Sis @Rohaida, suka yang coklat, lagi sejuk lagi sedap...

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.