KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD BERSAMA ARTIS POPULAR

Sis Lin
4
KONSERT MESTIKA D'KLASIK 2 DEKAD BERSAMA ARTIS POPULAR | Jom beramai-ramai memeriahkan acara kemuncak Temasya Sehati @RTM Menggamit Kenangan pada esok malam. Bersama barisan-barisan artis popular yang pasti akan menghiburkan korang. 
Jom, jumpa kita di sana. Kalau jumpa Sis tu hai hai okay. Wa tarak sombong Maa.

*Juga pelbagai acara sedia menanti mulai semalam hingga ke esok. Bawa family beramai-ramai ya. 
Masuk adalah percuma. 

Kredit Pic dari visiteiffel


Acara Kemuncak Temasya Sehati RTM Menggamit Kenangan .


Tarikh: 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa: 8.30 Malam
Bertempat di: Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor, Johor Bahru. 

Barisan Tetamu Kehormat : YBhg. Dato’ Haji Osman Bin Haji Sapian (Menteri Besar Johor) & Tuan Haji Abdul Muis bin Shefii Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia 

Radio Klasik Menggamit Kenangan meraikan 20 tahun bersama para pendengar setia menerusi program Temasya Sehati@RTM dengan mengadakan “Konsert Mestika D’Klasik 2 Dekad” yang dibawa secara langsung dari RTM Johor Bahru bersama barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rahim Maarof, Herman Tino, Mas Idayu, Dato Nash, Man Bai, Noraniza Idris, Raja Azura, Hael Husaini, Dato Jeffrydeen, Rahimah Rahim, Wany Hasrita, Junainah Mamin, Jay Jay, Ruhil Amani, Nona Ushera, Abon dan Radhi P. Ramlee.

Disiarkan SECARA LANGSUNG di TV2/ Radio Klasik/ myklik.rtm.gov.my / RTM Mobile
FB Live: TV2 dan Radio Klasik


Update Terkini :
Boleh baca di SINI 






P/S: Sis kalau dapat peluang bergambar dengan artis ramai-ramai tu, Sis nak bergambar dengan Abang JayJay. Peminat dia dari sekolah. Hai Abang Jay Jay . 


Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ada jugak tengok iklan yang raja azura tu nak tengoklah malam karang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jommlah beramai-ramai kita pergi @Shafyqah, Sis pergi atas jemputan Media nanti malam..Jommm..

      Delete
  2. selamat berkonsert sis. gambo banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh @Mar, sangat enjoy, sampaikan nak amik gambo ke video ke, memang sampai leka. Syok dengo lagu. Plak tu duk depan, jadi segan gak hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!