10 CARA JAGA RAHIM AGAR SIHAT DAN TIDAK ROSAK - DR HAMID ARSHAT

Saturday, January 05, 2019


10 CARA JAGA RAHIM AGAR SIHAT DAN TIDAK ROSAK - DR HAMID ARSHAT | Penjagaan rahim wanita ini harus dimulakan sejak umur kanak-kanak sehingga dewasa. Ini supaya organ peranakan itu dalam keadaan baik dan jauh daripada sebarang penyakit yang membahayakan. Semua wanita dikurniakan rahim sebagai sistem reproduktif. Tapi, bagaimana cara menjaga rahim supaya ia lebih sihat?

Dengan adanya rahim, wanita dapat mengandung, terjadinya pertumbuhan janin, dan terbentuknya anggota tubuh bayi di dalamnya. Kemudian, setelah sembilan bulan, wanita tersebut akan selamat melahirkan bayi comel. Atas sebab inilah, setiap wanita harus tahu cara menjaga rahim dengan betul.

Menurut Dr. Hamid Arshat, rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan akan membesar seperti hamil lima bulan. Gejala yang dialami pesakit biasanya seperti senggugut teruk, pendarahan banyak dan mandul. Keduanya, masalah yang sering membabitkan rahim adalah fibroids.



10 cara menjaga rahim yang dikongsikan Dr Hamid Arshat

1 – Waspada dengan penyakit genetik 

Adakah ibu, nenek, ibu saudara atau adik beradik perempuan anda mempunyai sejarah penyakit rahim?
Sebabnya, setiap penyakit ada kaitan dengan baka dan menyumbang 10% kepada faktor penyebabnya.


2 – Kahwin dan hamil awal

Fungsi utama rahim adalah bagi menampung kehamilan. Bahkan, dengan berkahwin awal dan kemudian hamil dalam umur muda, anda boleh mencegah dari tumbuhnya fibroids dan adenomyosis.
Hal ini kerana, semasa hamil, otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali. Tapi selepas bersalin, ia kembali mengucup ke bentuk asal.
Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. 


3 – Amalkan makanan anti-estrogen

Rahim dipengaruhi dua hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone.
Estrogen berfungsi menebalkan endometrium dan membiakkan sel otot (myometrial hyperplasia). Progesterone pula meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel otot rahim (mymometrial hypertrophy)

Sebab itu, hormon ini perlu seimbang dan saling bekerjasama. Jika terjadi gangguan keseimbangan, hormon boleh mencetuskan penyakit rahim.

Bila hormon estrogen tak seimbang, ia boleh menimbul penyakit seperti fibroid, kanser rahim, adenomyosis, adenoma, kanser payudara, kemandulan, kesukaran hamil dan pendarahan rahim.


Antara makanan yang bertindak sebagai anti estrogen seperti:

Delima
Brokoli, kobis, califlour, pak choy, lobak putih
Minyak zaitun
Cendawan, anggur merah
Oat, teh hijau, buah citrus seperti lemon, limau nipas dan anggur
Kacang almond, walnut, gajus.
Bawang merah, bawang putih, kunyit, spirulina, chorella
Sayuran hijau sepertis sawi, bayam dan salad
Minyak kelapa dara
Kucai, celery, berries, black currant, blue berries
Fax seeds, yogurt, tapai,kimchi.


4 – Perlu jaga faktor hormon tak stabil

Apabila tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah, ia menyebabkan penyakit seperti tekanan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.

Sebab itu anda harus mengawal pemakanan yang mengandungi gula, karbohidrat, perisa dan pengawet yang menyebabkan hormon estrogen meningkat sedangkan progesterone menurun.
Selain kawal dan tangani stress dan tekanan.


5 – Jaga rahim sejak kanak-kanak

Cara menjaga rahim ini perlu dilakukan sejak umur kanak-kanak. Hal ini kerana anak perempuan selalu dijangkiti kuman di luar faraj akibat tidak sempurna beristinjak dan ketahanan badan lemah.
Jika anda menghadapi masalah keputihan, basuh faraj dengan air garam kerana ia merupakan antiseptik terbaik bagi wanita.

Ibu bapa juga boleh memberikan supplemen vitamin C (yang boleh dikunyah). Selain itu, multivitamin sirup dan minyak ikan juga boleh diberikan kepada anak perempuan.
Ia dapat meningkatkan ketahanan badan dalam menangani penyakit yang boleh menyerang rahim.


6 – Kawal kegemukan dari umur kanak-kanak dan remaja

- Jangan biarkan anak makanfast food terlalu kerap.

- Kurangkan makanan segera terutama ketika berada di asrama kolej mahupun universiti Jangan jadikan tak sempat masak sebagai alasan.

- Ketidak seimbangan hormon bermula ketika berlakunya gangguan haid sama ada tidak datang haid, haid terlalu banyak, haid berketul atau terlalu sedikit tapi berpanjangan. Itu semua ada kena mengena dengan rahim.


7 – Jaga kehormatan diri dan kelancaran haid anda

- TIDAK terjebak dengan kancah maksiat yang menyebabkan berlakunya pengguguran haram.
Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada peranakan yang boleh merosakkan rahim dan seterusnya jadi mandul.

- Haid tidak lancar adalah disebabkan saluran pintu rahim sempit. Tanda yang boleh dilihat adalah senggugut. Pemakanan kurang berzat dan tinggi racun yang boleh meningkatkan stress.


8 – Banyak amalkan makanan yang membantu rahim dalam keadaan baik

Nenas, betik : berperanan memberishkan darah kotor dibelakang rahim
Keledek, keladi, ubi kayu.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
Bayam, sawi, pucuk paku, kobis, lobak, brokoli, taugeh.
Jambu, oren, manga, epal, buah naga
Kekcang, kismis
Ikan kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna, tonggkol


9 - Amalkan minum the hijau (antioxidant) dan susu segar setiap hari


10 - Akhir sekali, amalkan supplemen multivitamin Vitamin C (1GM) dan E (400 IU), logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari.



Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jom sama-sama kita menjaga kesihatan kita!










P/S: Sis bab rahim ke atau apa juga kesihatan wanita ni memang takut sangat-sangat! Beringatlah selalu. Hanya yang dah alami dan rasai 'kesakitannya' aje yang tau dan faham perasaannya. 


8 Comments

  1. suka doktor hamid arshat! ;) yay semua nasihat nya syaza follow except bab anak,, tunggu anak besor,, ibu follow naa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, bagus @Fatin..
      Penjagaan rahim tak kira muda ke tua, kena beringat dan jaga makan dan buat oemeriksaan ..

      Delete
  2. nice sharing.. memang kena jaga dari awal. semoga jauhla kita dari yang tidak2 ni. semoga smua baik2 saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu @Siti, bab sakit dalaman wanita ni memang takut.
      Berdasarkan pengalaman Sis yang operate fibroid, sangat menakutkan ...

      Delete
  3. Thank you sis sharing benda. Ilmu yang beanfaat utk kaum wanita ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama @Farah, moga kita semua sihat dan beringat dalam menjaga kesihatan ..

      Delete
  4. Tq share sis lin..sgt bermanfaat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Cik @Yaya, sharing is caring :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com