ADAKAH KITA BENAR-BENAR IKHLAS DALAM SETIAP KEBAIKAN YANG KITA BUAT?

ADAKAH KITA BENAR-BENAR IKHLAS DALAM SETIAP KEBAIKAN YANG KITA BUAT? | Tidak ada sesiapa yang mengatakan tidak ikhlas bila berbuat kebaikan. Semua manusia akan mengatakan ikhlas dengan setiap perbuatannya. Ada orang terang-terang menyebut Saya Ikhlas setiap kali beramal dan ada yang mencatat Yang Ikhlas dalam setiap surat atau emel.

Adakah kita benar-benar ikhlas dalam setiap kebaikan yang kita buat?

Hakikat yang patut diketahui ialah tidak ada seorang pun yang tahu, siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas. Malah kita sendiri pun tidak tahu, kita ini ikhlas atau tidak. 2 malaikat yang mencatat amalan seseorang juga tidak tahu, orang itu ikhlas atau tidak.

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu, hambaNya ikhlas atau tidak dalam perbuatan mereka.

Bagaimanapun ada caranya untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak. Jangan fikirkan keikhlasan orang lain. Periksa keikhlasan kita sendiri. Bagaimana caranya?

Cara menilai keikhlasan

Apa perasaan korang bila budi yang korang tabur tidak dikenang atau dibalas? Apa rasa hati korang bila kebajikan yang korang buat dibalas dengan kejahatan? Perasaan yang timbul itulah penentu mudah untuk tahu kita ini ikhlas atau tidak.

Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya sakit bila budi yang kita buat dilupai. Hati kita belum benar-benar ikhlas jika ianya geram saat kebajikan kita dibalas kejahatan.

Bila seseorang itu lupa kebaikan yang dibuatnya pada orang lain. Bila hati orang itu tidak terasa apa-apa, tidak kesal bila madu dibalas dengan tuba. Itulah tanda hatinya ikhlas.

Periksa sendiri apa rasa hati dan perasaan kita bila kebaikan kita tidak dikenang dan bila kita dibalas jahat atas setiap baik yang kita buat.

Manusia selalu menganggap kebaikan yang dibuatnya adalah dari dia dan untuk dia. Dia menganggap kebaikan yang dibuat kerana kemurahan hatinya dan kebaikan itu mesti kembali pada dirinya. Kembali dengan cara…

- Mesti mengucapkan terima kasih padanya.
- Kenangkan apa yang dia buat.
- Sebar-sebarkan cerita kebajikan yang dia buat pada orang lain.
- Jangan tolak bila dia minta berbuat sesuatu.
Dan sebagainya.

Kebaikan kita pada orang sebenarnya adalah dari Allah. Allah telah menjadikan kita sebagai ‘ujian’, untuk Allah menyampaikan nikmatNya kepada manusia. 

Maka kita tidak sepatutnya berbangga dengan kebaikan yang kita buat. Kita hanya melaksanakan amanah untuk mengagih-agihkan nikmat Allah kepada sesama manusia. Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah telah mengagihkan nikmatNya melalui kita.

Kebaikan sebenar ialah dapat berbudi kerana ALLAH. Itu yang membuatkan seseorang itu berasa tenang dalam melakukan kebaikan walaupun kebaikannya tidak dibalas dengan baik.


“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka mulailah untuk orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah paling baik adalah daripada orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka sesiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya.” - Riwayat Bukhari, nombor: 1338.

Kesimpulannya, perbuatan memberi itu lebih baik daripada meminta. Mengapa? Kerana dengan memberi kita dapat menunjukkan perhatian kita kepada orang lain. Keinginan orang lain dapat dipenuhi dan pastinya dapat menyenangkan hati orang lain. Apatah lagi jika pemberian itu kepada mereka yang benar-benar dalam kesulitan dan kesusahan. Ia tentunya dirasakan lebih rahmat dan membahagiakan.

#SisSharing 






P/S: Kalau dulu masa sekolah, kalau kawan bagi Sis barang, Sis selalu tanya 'ikhlas ke tak ni?', sampai naik jemu kawan-kawan dengar, lepas tu, sampai kawan pun malas nak dengar pertanyaan tu, so tiap kali bagi Sis barang, mereka akan kata 'Amiklah, aku ikhlas' hahahaha...


2 comments:

  1. Mahu ikhlas bukan mudah kerana ianya ujian juga.Moga kita lupa kebaikkan yang kita buat tapi sentiasa ingat untuk lagi dan lagi lakukan kebaikkan kerana Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @PC..kadang mulut kata ikhlas, tapi dalam hati, berkata-kata...dan kadang khilaf tanpa sedar, mengungkit plak semua....huhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.