RESEPI SAMBAL UDANG SEDAP MAT GEBU

RESEPI SAMBAL UDANG SEDAP MAT GEBU | Petang-petang macam ni dah tentulah Mak-mak semua duk depan laptop atau pegang handphone duk mikir nak masak apalah untuk juadah berbuka nantikan? Termasuk juga Sis ko ni. Untuk harini Sis dah ada menunya. Harini cadangnya nak masak Lemak Sayur Labu dan juga Ayam masak Semur (Kicap Pedas). Mulanya fikir nak lawankan lemak labu dengan sambal tumis, kan sedapkan, tapi di sebabkan kelmarin dah pun masak sambal tumis udang, maka tukarlah kepada ayam masak semur aje.

Nak masak ni sebenarnya mudah aje, antara ko rajin dan tak rajin je nak pelbagaikan. Kena mood puasa ni, ko tengok apa pun sedap oii hahaha. Macam Sis sejujurnya baru semalamlah pertama kalinya jejak kaki bazar ramadhan (PARAM), setelah 8 hari berpuasa. Itu pun sebab berbuka di rumah Emak semalam, kalau buka di rumah, memang Sis takde keluar ke bazar. Biasa Suami yang belikan.

Kuih? Oh Sis hanya gorengkan karipap/samosa frozen yang dah Sis beli awal-awal sebelum ramadhan. Lagi senang dan puashati. Bukan apa, kadang geram, beli karipap/samosa kat bazar tu, tau-taunya karipap tu kembong banyak 'angin' je dalamnya ermmm...no komenlah pasal ni, sebab tiap-tiap tahun berlaku sebegini. 

Okay berbalik pada tajuk, yer kelmarin Sis masak Sambal Udang resepi dari blog Mat Gebu aka www.tiffinbiru.com. Memang blog Mat Gebu ni jadi sumber rujukan tiap kali nak memasak. Sis suka sebab resepi dan bahan dia mudah. Tak payah pening-pening nak timbang bagai. Dan cara masaknya pun senang, main bedal jerr hehehe..tapi sedap!


Sambal Udang Sedap Mat Gebu 

Bahan-Bahannya :

300gm udang sederhana besar, dibersihkan (Sis buang kulit dan guna 500gm udang)
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
1 inci belacan*

(Bahan bertanda *dikisar halus)

1 1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar gula
Garam dan sebuk perasa (jika suka)

Cara membuatnya :

- Udang digaul dengan sedikit garam, goreng hingga 3/4 masak, angkat dan toskan. (Sis rebus kejap dalam air mendidih dan toskan)
- Dalam minyak yang sama tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak. 
- Masukkan jus asam jawa, gula, serbuk perasa (jika suka) dan sedikit garam. 
- Masak hingga hampir pekat. 
- Masukkan udang tadi dan masak hingga udang betul2 masak dan sambal pekat. 
- Rasa dan jika ok, boleh diangkat.




Haaa kalau korang takde idea nak memasak apa, bolehlah cuba ya. Udang tu boleh juga gantikan dengan ayam ke ikan ke sotong ke, yang penting sambalnya tu sedap ko! 

Makaseh Denan hehehehe...

Korang pula nak masak apa harini? Jangan lupa sambil masak sambil berselawat yer, masak penuh dengan kasih sayang, tentu sedap menunya nanti ..

Selamat memasak semua ..






P/S: Nasib juga sepanjang puasa ni anak-anak ikut je apa yang Emaknya masak, tidak ada permintaan, kalau tak, letih juga nak melayan sorang-sorang punya menu huhuhu...


10 comments:

  1. kita belum sampai param lagi...

    sambal udang resepi pcm ni memang sedap...sejak dulu pakai resepi dia aje..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sunah, sambal dia sedap! Kalau hari raya ada satu lagi resepi Mat yang Sis guna, pun sedap...

      Pergi PARAM aje semalam habis rm50 errrrr gigillll

      Delete
  2. Nasib baik semalam dah buat sambal udang..beli udang besar2 tu...siap bawak balik KL untuk bekal berbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowwww lagi besar udang lagi sedap di buat sambalnya, manis gitu...

      Delete
  3. Nsb dh berbuka tgk ni. Kecur liur tgk, mengoda dan tergoda, nyaman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheeh kannnn, Sis tiap kali nengok pun jadi terkecurr @Shirven hehehe

      Delete
  4. fav juga sambal udang..belum masak lg menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti masaklah dan cuba rsepi ni @mamaTisya, memang sedap...

      Delete
  5. feveret hasben n anak2 sambal udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dirumah ni, tak kesah udang ke ikan ke sotong ke, janji bersambal @Hernee...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.