SUP TULANG MERAH SINGAPORE ADA DI JOHOR. SEDAP SANGAT!

SUP TULANG MERAH SINGAPORE ADA DI JOHOR. SEDAP SANGAT! | Siapa sini suka makan Sup Tulang, tentu sekali menyukai akan Sup Tulang Merah Singapore ni. Salah seorangnya Sis dan juga Suami Sis. Boleh jadi gaduh berebut tulang kalau makan berdua hahaha.

Yer nama je Singapore, tapi ada di jual di Johor, sedap sangat! hehehe.

Ini adalah kali kedua Sis merasainya. Pertama mula merasa masa tu ternampak geng Visit Johor (VJ)  buat review dan makan, Sis apalagi terus DM kat instagram derang dan kirim pada salah seorang geng VJ dan malam tu juga terus amik dan dapat merasanya Sup Tulang Merah Singapore tu...ternyata memang sedap !

Sedap tak terkata, sampai yang pertama kali merasa tu makan tak sempat nak amik gambar, dah setengah jalan makan baru ingat hahaha. Nampak sangat layan kesedapannya kan ..

Makan panas-panas dan ada sikit rasa pedas-pedas tapi bagi Sis masih sedap! Isinya pula penuh dan lembut. Kalau nak kuah lebih, kena bagitau ya. 


Korang kalau nak merasainya boleh walk in atau terus wahtsapp untuk buat tempahan dulu. kalau tidak memang sold out hari-hari. Rata-rata memang ramai yang order dulu. 

Tidak ada kedai atau booth bazar ke, hanya di jual di rumahnya aje di Taman Saujana area Taman Molek sana. Boleh juga delivery terus ke rumah tapi bergantung pada tempat dan juga runner. Kalau takde runner pada haritu, maka korang kenalah walk in pick-up COD, kalau ada runner, haa boleh terus delivery dan caj penghantaran di kenakan. 


Sebekas satu set hanya RM 15. Dalamnya isi ada 3/4 ketul, bergantung pada saiz tulang itu. Siap dengan roti dan di beri straw sekali untuk korang sedut som-somnya tu hehehehe. Sejujurnya memang sedap pada anak tekak Sis, memang layan habis. 

Rotinya cecah dengan kuahnya perghh licin sebekas ko makan, tanpa tinggal sisa kecuali tulangnya hehehe. 

Bagi korang yang nak mencubanya, boleh dapatkannya seperti alamat di bawah yer. 
Kalau hari bukan Ramadhan (puasa), mereka meniaga di rumah. Korang boleh datang makan atau beli juga di sana. Tapi hanya di buka jam 8pm & delivery bermula jam 12pm . 

Kena cepat, sehari hanya 15kg sahaja! 

Sup Tulang Merah Singapore
510 Jalan Saujana Utama , Taman Saujana . Plentong (10.82 km)
81750 Johor Bahru

Tempahan/booking : Whatsapp/Call 013-744 8917


Instagram: @saujana_kitchen 






P/S: Tekak Sis kata sedap so memang ku tulis sedap, korang cubalah dan rasa tekak sendiri ya ..Jangan kata Hakak tak payung okay..


12 comments:

  1. Tak pernah makan ni..tapi bila tengok gini..terasa nak sangat la pulak.Parah ni..betul-betul Sis payung ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba @PC, memang sedap ni, dulu kena gi Singapore, sekarang kat Johor aje dah ada hehehe

      Delete
  2. Selalu setiap tahun makan sup gearbox je...itupun beli tulang gearbox and masak sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, biasa memang panggil gearbox, tapi kalau yang merah ni, kena panggil Sup Tulang Merah @Suria hehehe

      Delete
  3. mak ai, berbaloi-baloi tu reganya sis! tiba teringin pulak..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada rezeki Sis belikan yee @Sunah..next week ...

      Delete
  4. Wahhh.. syok menyedut tu Lin.

    Mujur kita pandai masak sendiri tapi kita lagi suka guna tulang yang berdaging, sebab kalau tulang lutut ni rugi berat tulang aje.

    Pernah jugak beli tapi dua kali kena satu rasa asam pedas, satu rasa sambal tumis, hehe. Tahun lepas atau tahun sebelumnya Pak Inche ada bawa balik dari mana tah dia hantar ke pejabat NSTP, yang tu sedap. Oh, satu lagi yang sedap Pak Wan Katering.

    p/s Mak kita pun pandai masak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Kak @Seri manyak syok...pernah juga buat sendiri tapi yang masak merah ni tak pernah buat...Yang berdaging tu ikut musim Kak, kadang ada jual ada isi, ada yang takde kan..rezeki kalau dapat banyak isi..

      Nasib juga yang sangat menepati rasa, sebab tu kata sedap, memang ramai review makan kata sedap..bolehlah kalau Akak nak cuba nanti...

      Untunglah Akak mak pandai masak.. :)

      Delete
  5. perhg..ini bikin org panas..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sila sejuk-sejukkan diri yaaa Cik @Nor hahahaha

      Delete
  6. Allahuuuu.. dia punya 'merah' tu mereciksss! hahaha. nanti nak pergi johor, boleh la try kot kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn bukan kata merah je merecik, rasa pun tempias terus hahahaha @Sayidah...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.