BUFFET RAMADHAN 2019 : CABUTAN BERTUAH SETIAP KALI KORANG BERBUKA PUASA DI AMERIN HOTEL JOHOR

BUFFET RAMADHAN 2019 : CABUTAN BERTUAH SETIAP KALI KORANG BERBUKA PUASA DI AMERIN HOTEL JOHOR | Iyerr hari-hari setiap malam, tiap kali berbuka puasa di Amerin Hotel Johor ni ada cabutan bertuan. Cuma nasib.. takde rezeki Sis plak pada malam Sis berbuka di sana. Hadiahnya pula kemain hebat! Penginapan 1 malam di Deluxe Room juga dapat baucer berbuka puasa lagi. Bestkan?

Jadi kalau korang ada rezeki lebih ke atau niat nak bawa family dan kawan-kawan berbuka puasa, bolehlah cuba berbuka puasa di sini. Amerin Hotel Johor terletak di Taman Perling, betul-betul berdepan dengan Perling Mall tu. Dan dapurnya mempunyai sijil HALAL. So korang jangan tanya halal ke tidak ye. 

Sempena bulan ramadhan ini, Amerin Hotel Johor menyediakan lebih dari 100 menu hidangan berbuka puasa yang menepati citarasa selera melayu Johor. Buffet yang berada di tingkat 13A di Skyview Cafe ini, selain korang makan, juga boleh menyaksikan matahari tenggelam dengan indah sekali. Sis ko pun jadi teruja dan jakun hahaha nasib tingkat 13 aje hehehe..

Juga ada Live Band. Lagu raya aje ko hahahaha..




Kalau korang jenis gayat, harap lihat dulu gambar atas ni hahahaha. Kalau Sis gayat juga tapi lama-lama tu, seronok plak hehehe. Cantik pemandangan. Atau korang duduk le ke dalam sikit, jangan duduk tepi tingkap macam Sis hahaha. 

Antara menu yang menjadi pilihan di sini adalah Daging Goreng Berlado, Kambing Golek bersama Nasi Beryani, Ikan Goreng Seekor bersama Sos, Ikan Masak Stim, Rendang Ayam Tok Perak, juga Sup Kambing Berempah. 




Yang best dan menariknya, menu-menu yang di sediakan sepanjang ramadhan di Amerin Hotel Johor ini, akan bertukar-tukar sebanyak 6 kali pusingan, so jika korang datang harini, menu lain, esok menu lain, lusa menu lain, dan seterusnya. 

Pilihan menu juga banyak di sediakan. Selain dari nasi putih berlauk, ada juga Laksa Penang, Shushi, Roti Canai, Pizza dan juga Seafood ala Shellout, memang semuanya seda-sedap, sebab Sis ko makan banyak kemain hahahaha. 




Bahagian ulam-ulaman juga tak kurang hebatnya, banyak pilihan dan paling sedap sangat Sambal Tempoyak dia ko! Sis rasa nak makan guna tangan je, gaul nasi dengan Sambal Tempoyak dan habis makan jilat jari,perghhhhh tapi takut plak over, ko ingat rumah ko ke? Hahahaha. Tapi serius sedap oiii...

Bubur Lambuk pun ada juga, cuma tekak Sis ada rasa bubur dia tawar sedikit, ke tekak Sis ek, tapi masih okay, ke Sis ko banyak makan tempoyak hahahaha. Rojak Buah dia pun boleh tahan, sambal petisnya ada umph! 




Pencinta Dessert atau Pencuci Mulut, haaa bolehlah nikmati pelbagai jenis pencuci mulut termasuk kuih muih tradisional, buah-buahan, aneka kek, dodol, kurma, puding dan juga ada aiskrim. Pstt aiskrim dia sedap wuuu hehehehe.

Minuman juga banyak pilihan. Minuman panas dan sejuk, ada juga cendol, dan paling menarik perhatian, kata anak Sis, air Chocolate dia, sedap kaya dengan Chocolate kata anak hahahaha. Iyerr memang sedap. Tapi kenapa Sis minum rasa Milo? Hahahaha..




Ni baru tunjuk sikit je ni, ada banyak lagi pilihan. Korang kalau nak mencuba, bolehlah berbuka puasa di sini ya. Semestinya puashati . 

Dan juga, bila selesai makan dan solat (ada di sediakan di level yang sama), korang boleh naik pula ke tingkat 15, untuk melihat pemandangan cantik waktu malam. Dan juga boleh berjalan atas kaca di ketinggian tingkat 15 hehehehe.. Cantikk sangat! Sempat gak Sis eksen-eksen jalan atas kaca tu dan bergambar hehehe..



So korang kalau ada rezeki lebih, jomlah berbuka di sini ya. 

Bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019
Dari jam 6.30 pm – 10.30 pm

Harga RM 119.00nett Dewasa dan RM 69.00nett Kanak-kanak/Warga Emas.

Di Amerin Hotel Bar & Lounge, Skyview Café Level 13A

Untuk tempahan hubungi 07 - 233 0333 / 013 – 777 3015
Atau email : sales@amerinhotel.com



Sedap itu Subjektif ..
Terima kasih Amerin Hotel Johor 💖






P/S: Kalau ke area Perling sana, tiber rindu Bukit Indah huhuhu lagi-lagi kengkawan di sana semua. Banyak kenangan yang di simpan. Harap raya ni dapat berjumpa mereka semua.


2 comments:

  1. Perghhh aiskrim dia lain dari yang lainnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr, sangat sedapp @Sunah, makan tutup mata hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.