SUAMI ORANG LAIN KIRIM BUNGA BUAT ISTERINYA, TAPI SUAMI SIS KIRIM IKAN DAN SOTONG !

SUAMI ORANG LAIN KIRIM BUNGA BUAT ISTERINYA, TAPI SUAMI SIS KIRIM IKAN DAN SOTONG ! | Hahahaha mesti korang gelak kan baca tajuk tu..hahaha tapi ada aku kesah?! Lagi gembira dan suka terloncat-loncat adalah hahahaha...tak payah susah-susah nak pergi pasar, dah ada lauk Suami hantar. 

Bukan kata Suami tak romantik, tapi kalau bagi bunga atau cokelat biasanya, tu ada juga tapi ada hari-hari specialnya. Tapi bagi ikan ni, lagi special sikit, orang lain tak buat, Suami Sis ko je yang buat hahahaha...

Jauh ikan dan sotong ni datang, dari Paka, Trengganu sana oii. Di sebabkan Suami tak jadi balik minggu ni, makanya kelmarin Suami call kata pagi-pagi lagi (semalam) dia ke pasar Dungun dengan kawannya, membeli ikan dan sotong dan kemudian Suami nak kirimkan kepada kawannya yang balik ke Johor (semalam). 

Terus sebak rasa hati, rindu membuak-buak bila Suami call bagitau dia dah belikan ikan dan sotong sebab dah niat kalau balik dia memang nak beli dan bawak balik untuk anak bini katanya. Memang beriye beno dia bercerita dalam telefon. Tapi sebab kerja yang tak selesai lagi, terpaksa tangguh nak balik. Makanya sebolehnya juga Suami belikan juga ikan dan sotongnya dan kirim kepada kawannya. 

Tercapailah hajat Suami tu.. 


Semalam petang ikannya sampai, kawannya hantar sampai ke rumah Sis. Bila bukak aje tong gabus tu, sekali tengok Ikan Kerapu dan Ikan Kerisi, segar sangat! . Memang kalau Sis ke Paka, Suami akan mengajak ke Pasar Dungun tu. Pasar tu jual semua jenis Ikan yang saiznya mak aii besar-besar dan segar! Macam-macam ikan ada, ada yang ikannya pelik-pelik pun ada Sis nengok. 

Harga pun tak mahal macam di Johor ni. 


Rasanya dekat 3 kilo sotong Suami beli ni, kemain banyak. Sotong pun sama, kemain besau Suami beli kali ni. Nampak dalam gambar ye kecik, tapi saiznya memang besar kedaung. Terus terbayang, masak sotong pulut sumbat pun sedapkan...yumssss

Suami kata, simpan separuh, tunggu dia balik, dia minta masakkan sambal sotong. Baiklah!


Alhamdulilah syukur atas nikmat Allah. 

Ikan-ikannya dah selesai Sis bersihkan dan sesiap simpan dalam peti ais. Suami pulak semalam tak henti-henti tanya, dah sampai ke belum ikannya hahaha. Yee sudah sampai. Esok-esok bolehlah masak Lemak Ikan Kerisi Daun Kunyit..sedapnyaaaa...

Kalau ikutkan Sis paling tak suka Ikan Kerapu atau Ikan bersisik...tak tau kenapa, tapi  
sebab yang Suami beli ni saiznya besar dan senang nak di bersihkan, so okaylah juga. Tu pun sebab anak-anak suka Ikan Kerapu tu, tu pasallah Suami belikan tu...

Menunya tak habis-habis stim limau nanti huhuhu..

Kalau Sis yang ke pasar, memang Sis tak beli ikan bersisik hahahaha..sebab kenapa? 
Cuba teka hahahah..






P/S: I miss You so much! ... ๐Ÿ˜“


12 comments:

  1. Ikan bersisik tebal ni agak susah nak siang..nak buang sisik tu oiii melenting-lenting sisiknya..hehehehe..lambat sikit urusannya..
    Montel-montel ikan dengan sotongnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebabnyaa @PC, paling jaki ikan bersisik ni haaa...adeiii tapi sebab besar juga ikannya, maka bolehlah menyiangnya semalam..

      Delete
  2. romantiknya suami sis lin. nanti masak yg sedap2 utk dia ye?

    ReplyDelete
  3. Kalau akk menangis dapat ikan bersisik mcm ni nak siang oi Lin, nak htr ke kedai byk sgt plak. Hadap ajelah menyiang, mau bersepah kabinet dapur dengan sisik ikan, hahaha. Ni mesti En Sabar pesan sotong tu jnagan potong2 masa masak, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Kak @Seri, bercinta beno nak nyiangnya, memang nyiang sisik tu bawah air paip jeelah....
      Hahaha memang betul! Jangan di kerat-kerat sotongnya tu huhuhu...

      Delete
  4. freshnyaaaa ikan sotongg besarrrr sangat... ikan sisik paling malas nak siang sebenar nya hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr @Wani, dah di belinya, makanya kenalah settlekannya hahahaha...

      Delete
  5. Hahahhahaha sebab malas nak siang..habis berkecah dapur dibuatnya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr habis semua melekat sana sini dinding kat dapur @Sunah...hahahaha

      Delete
  6. Replies
    1. Kekekeke memang di suruh masak laaa tu Cik @Nor hehehee

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.