RESEPI KETAM TELUR ASIN YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI KETAM TELUR ASIN YANG MUDAH DAN SEDAP | Kalau ada yang membaca atau perasan, Resepi Telur Asin ni pernah Sis share kongsikan di dalam blog ni, akan tetapi gambarnya aje yang sudah hilang di sebabkan Sis ada clear dan delete gambar google sebelum ni. Bukan apa, gambar-gambar dulu Sis dan anak-anak ni free hair, so nak taknak terpaksa Sis delete gambar dalam akaun google, so dia jadi effectlah pada blog Sis, makanya post entri sebelum 2017, semua post takde gambar huhuhu. Harap faham dan maklum.

Dan tiba-tiba resepi Ketam Telur Asin ni muncul di timeline Facebook Sis, terus rasa nak kongsikan sekali lagi beserta gambarnya pulak. Nasib Facebook masih simpan lagi hehehe. Ingat nak masak juga tapi pergi pasar tengok ketam, alahaii kecik beno..nanti-nanti aje laa buatnya. Tunggu dapat ketam besar. 

Harini kot sapa takde idea, haa bolehlah cuba ya. Maklumlah bulan puasa ni, ramai mengugel resepi masak manjang. So kita sharelah resepi, moga jadi idea untuk korang nak masak petang nanti ya, 

Sis? Harini dapur OFF lagi muahahahahaha...alhamdulilah rezeki anak-anak. 

Jom semak resepi yaa..


Resepi Ketam Telur Asin

Bahan-bahannya :

Ketam - 4 ekor dipotong dua cuci bersih..
Telur Asin - 3 biji direbus, amik 2 biji telur putih + 3 telur kuningnya dan hancurkan.
Bawang Putih - 4 ulas diketuk.
Daun Kari - ikut suka byk mana.
Cili Api - ikut suka nak pedas ke tak, potong pon ikut suka la..

Susu Cair - 2 sudu besar.
Butter / Planta - 2 sudu besar.
Tepung Jagung - agak2 utk gaulkan dgn ketam.

Minyak utk goreng ketam.
Garam.
Lada Sulah.


Cara-cara Memasaknya : 

- Ketam diperap dengan sedikit garam + lada sulah + tepung jagung. 
- Goreng ketam hingga keemasan. Angkat.
- Panaskan butter / planta. Tumiskan bawang putih hingga wangi. 
- Masukkan daun kari + cili api. 
- Masukkan telur asin yang dihancurkan. 
- Masukkan sedikit garam (rasa dulu nnt masin sgt sbb telur asin dah masin ye). 
- Masukkan susu cair. 
- Gaul rata. Masukkan ketam. Gaul rata. Rasakan. 
Siap !

Mudah, senang dan Sedap woo...tak caya ye cuba !

OkBai..






P/S: Dah siap ke tu beli dan soping raya? Minggu ni cuti 3 hari (Jumaat,Sabtu dan Ahad), kompom jalanraya dan soping mall sesakkan..huhuhu  errrr


10 comments:

  1. Kita memang suka apa saja masakan telur masin ni termasuklah telur masin tu sendiri tapi kuning nye ajelah. Eh, kuning telur penyu rasa macam telur asin tau, pheeww telan ailio plak teringat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak @Seri, kalau boleh nak try ikan salted egg gak...tapi sebab anak-anak tak berapa suka asin, makanya makan luar aje la kalau nak salted egg ...

      Delete
  2. assalamualaikum lin..kalau mama aja letak telur masin putih tu jer sbb x suka dgn yg kuning tu...nasib baik ada jer yg mkn kuning telur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama @Maszull...oo ye ke Maa, kalau rumah ni lebih suka yang kuning dari putih Maaa...huhuhu

      Delete
  3. Baru masak ketam cili api..nanti nk cuba resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe pun sedapnyaaa lomak ketammm tu @Suria ..

      Delete
  4. Sedapnya!! Dah lama tak makan. Nanti bolehlah try resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr ketam masak apa pun sedap, janji besar ketamnya...kalau kecik tak puas kann @CikTie ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com