DURIAN OH DURIAN

DURIAN OH DURIAN | Hurmmm tarik nafas panjang, lepas....tarik lagi...lepas... adeii bau durian ni menggugat lobang hidung betul. Setiap penjuru rumah bau durian..memang tak boleh nak buat apa dah, makanya tunggulah waktu berbuka hahaha. 

Mana datang durian? Semalam Suami balik Johor bawak 6 biji durian, katanya dia beli di kampung tepi jalan di Pekan, durian baru gugur. Terus masuk rumah, Suami panggil anak-anak, terus duduk mengnopek duriannya. 

Anak-anak semua memang hantu durian, apalagi, memang makan puaslah. Tapi semalam hanya kopek 3 biji aje, ada lagi 3 biji tu di dapur. Takut nak makan semua malam tadi, kang tidur kepanasan plak kata Suami hahaha. 


Isi duriannya kuning dan rasa dia pahit giler..memang sedap dan puas makan! Kami anak beranak suka yang pahit-pahit ala manis sikit. Tak suka yang manis manjang rasanya. Kalau dapat pahit memang berebut semua hahahaha.

Nak kata tengah musim tidak jugakan, tapi ada aje nampak orang jual durian. Agaknya sekarang durian dah takde musim, rasa nak berbuah dia berbuah aje, tak kira musim dah kan..


Makan sedap sangat sampai lupa pulak nak amik gambar hahaha. Biasa pun Suami yang rajin tegur, 'Tak amik gambar ke?' hahahah tapi semalam dengan dia sekali asyik beno makan durian hahahaha.

So harini kita ada permintaan menu untuk berbuka puasa. Menu apa? Tunggulah ...
Agak-agak korang Suami Sis minta menu apa? Hahahaha

Yang biasa baca blog Sis mesti dia perasan atau tau mungkin Suami selalu minta Sis masak menu apa hehehehe..

Okay jumpa lagi post lain ya. Sis nak tenung durian sekejap hahaha.





P/S: Bila Suami dah kata 'esok kita cari baju raya' hohohohoh...


14 comments:

  1. Betul Sis..durian macam dah x ikut musim dah..nasib baik dah takleh makan banyak...setakat rasa2 tu ok la kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Suria, ikut suka dia je nak berbuahkan...hehehe

      Delete
  2. kita geng lah kak, dana pun suka durian yg ada pahit2 skit, nikmat rasanya

    berbuka nnti pulut durian lah yek... ke bubur kcg hijau durian heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, anak-anak memang suka yang jenis pahit-pahit @Norhidana..

      Delete
  3. Sedapnya durian, lama tak makan durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe alamakk kena belilah macam ni yerr @JMbelog hehehe

      Delete
  4. bulan puasa ni agak seriyau nak makan durian. haha. takut kurang air. kalau bulan2 biasa, takda masalah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha rumah ni kalau dah hantu, puasa tak puasa bedal je @Umi..hehehehe

      Delete
  5. bukak blog sis terus terhidu bauu duriann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tarikk nafasss, lepassss yerr @Farah...sedap sangat!

      Delete
  6. Replies
    1. Iyerr betul! Sambal sotong @Sunah hahahaha 2 hari bersambal hahahaha

      Delete
  7. Boleh buat bubur kacang hijau + durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nak buat Serawa durian @Warisan Petani hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.