AMALAN LAILATUL QADAR BAGI WANITA YANG UZUR

AMALAN LAILATUL QADAR BAGI WANITA YANG UZUR | Apabila bercakap tentang bulan Ramadan, umat Islam tentunya paling teruja menantikan 10 malam terakhir yang disebut sebagai malam Lailatul Qadar.

Fadhilat dan ganjaran yang diperolehi mereka yang menemui malam istimewa ini sangat besar, justeru tidak hairanlah ramai yang berlumba mahu melakukan ibadah.

Tetapi bagaimana pula dengan wanita yang mengalami keuzuran atau haid?
Bolehkah mereka beribadat, dan bagaimana caranya?

Yang Tidak Boleh

Wanita haid hanya tidak dibenarkan solat, membaca dan menyentuh al-Quran serta berpuasa.
Ini bemakna, amalan lain adalah dibolehkan.


Niat dari awal

"Seeloknya, wanita berniat dari awal Ramadan untuk mencari Lailatul Qadar. Bukan sahaja niat, tetapi diiringi juga dengan aktiviti-aktiviti yang menghidupkan Ramadan, seperti solat terawih dan membaca al-Quran. Insya Allah ada ganjaran besar menanti biarpun dia tidak dapat melakukannya pada malam Lailatul Qadar."

- Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman


Perbanyakkan selawat dan zikir

"Bangun di tengah malam dan lakukan ibadah seperti berzikir, berselawat dan beristighfar.

"Wanita yang sudah bersuami, jika dia mempermudahkan urusan suaminya beribadat, dia juga akan mendapat ganjaran ibadah.

"Kalau selalunya kita solat ambil masa lima minit, tapi kerana uzur, ambillah masa lima minit itu untuk selawat dan instighfar."

- Ustaz Azhar Idrus

Bila malam Lailatul Qadar?

"Dalam 10 malam terakhir Ramadan, ada yang menyebut pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29. Tetapi lebih afdal jika kita hidupkan kesemua 10 malam.

"Malam Lailatul Qadar bukan bermakna kita perlu tunggu pada waktu tengah malam. Jika kita solat Isyak, terawih dan berdoa, kita dapat pahala Lailatul Qadar itu."

- Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin




P/S: Jom kita persiap diri, mudah-mudahan kita menjadi insan terpilih di sisi Allah ..

14 comments:

  1. Mudah2an amalan2 kita mendapat ganjaran Lailatulqadar

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing....insyallah...

    ReplyDelete
  3. salam sis, thanks kongsikan pasal ni:) salam kenal dari saya, done follow awak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cik @Matahariku ...sama-sama, salam kenal juga dari Sis..
      Terima kasih ya ..

      Delete
  4. mekasih kongsi kak, sama2 lah kita perbanyakka amalan di 10hr terakhir

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah @Norhidana, sama-sama kasih kembali ...

      Delete
  5. Allahu...tinggal berapa malam je lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer @Sunah, masa sekejap aje berlalu kan ...

      Delete
  6. Thanks sharing sis lin.. Nurul singgah and follow sini ye ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama @Syahirah ...sama-sama kita berkongsi ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.