5 TIP BAGAIMANA MENJALANI PUASA KETIKA DEMAM ?

5 TIP BAGAIMANA MENJALANI PUASA KETIKA DEMAM ? | Allahuakbar, setiap tahun kalau ada yang perasan, mesti tiap kali awal puasa dan awal Syawal, mesti Sis akan demam , batuk dan selsema, sampai nak beraya pun takde suara nak bercakap. Pastu ko bayangkan nak bersalaman minta maaf dengan Suami dengan tak ada suaranya. Tu okay lagi. Bisik-bisik aje dengan Suami. Tapi kena bersalaman di rumah Mak, tak ke kena gelak dek adik beradik semua. aishhhh nasib badann..

Tahun ni pun sama juga, sehari sebelum puasa, Sis ikut Suami ke Paka, masa tu badan dah mula rasa dedor, tapi okay lagi. Suami ajak gi klinik pun degil taknak, dan akhirnya tumbang juga Sis ko. Dah le time puasa, bertabah ajelah. Selagi kuat, Sis ko akan teruskan puasanya. Dan alhamdulilah, dah 2 hari puasa ni, masih bertahan lagi..


Walaupun demam kena juga berpuasa. melainkan jika takut kemudaratan atau mudarat. Selagi boleh ebrtahan, berpuasalah yer.. 

Bagaimana menjalankan puasa ketika demam?

Demam adalah keadaan apabila suhu badan melebihi 38 darjah Celsius. Demam merupakan sebahagian daripada proses ketahanan badan yang sedang melawan jangkitan akibat virus, bakteria, atau parasit. Jadi, bagaimana ingin terus puasa ketika demam? 

Artikel ini akan memberikan beberapa tip menjalani puasa semasa demam.

Walaupun kadangkala membimbangkan, demam yang tinggi tidak selalu menandakan bahawa anda mengalami suatu penyakit yang serius. Demam yang sering dijumpai dalam kes jangkitan anak-anak seringkali tidak berbahaya. Malah, demam merupakan petanda bahawa sistem ketahanan badan sedang berusaha untuk melawan jangkitan tersebut.

Sebenarnya ketika anda sakit, anda tidak dibenarkan untuk berpuasa. Orang sakit biasanya akan mendapatkan keringanan di sisi agama (anda boleh menanyakan hal ini kepada ahli agama). Namun, jika anda tetap ingin menjalankan ibadah puasa ketika demam, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.

Walaupun demam merupakan tanda bahawa sistem imuniti sedang bekerja melawan virus, bakteria, kulat, atau hal lain yang masuk ke dalam badan, anda perlu mengawal demam sehingga anda merasa selesa, terutamanya ketika anda ingin menjalankan puasa ketika demam. Sekarang, apa perkara yang perlu anda lakukan jika ingin berpuasa ketika demam? Baca selanjutnya.

1. Cukupkan keperluan pengambilan cecair

Pastikan anda memenuhi keperluan pengambilan cecair. Mengapa perkara ini penting? Ini adalah kerana ketika demam, badan akan mengalami kenaikan suhu sehingga banda anda akan terasa panas. Pada masa inilah cecair di dalam tubuh seperti menguap dan tubuh mudah mengalami dehidrasi.

Elakkan kekeringan dengan banyak minum air putih dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak. Anda tidak dibenarkan minum air ais atau sejuk, kerana ia boleh memburukkan lagi demam. Ada baiknya anda lebih memilih minum air suam. Anda boleh menggunakan formula 2-4-2, dua gelas saat berbuka puasa, empat gelas pada malam hari, dan dua gelas semasa sahur.

2. Kompres air suam

Kompres merupakan perkara yang biasa dilakukan ketika demam. Namun, kompres tidak akan berkesan menurunkan suhu badan jika menggunakan air sejuk. Jika seseorang demam, perkara yang dianjurkan adalah kompres air suam, bukan sejuk. Hal ini untuk memindahkan suhu panas pada tubuh. Bahagian tubuh yang boleh anda gunakan kompres adalah dahi dan ketiak.

3. Elakkan menggunakan pakaian yang tebal

Seboleh mungkin elakkan memakai selimut yang tebal dan pakaian hangat kerana hal tersebut menghalang proses pelepasan haba dari dalam tubuh. Walaupun anda merasa sejuk ketika sedang demam, sebenarnya suhu badan anda sangat tinggi, dan anda harus menurunkannya agar badan menjadi lebih hangat.

Biarkan badan anda mengeluarkan haba yang berlebihan tersebut dengan mengenakan pakaian yang tipis dan menutupi badan dengan selimut atau kain yang tipis apabila diperlukan. Memakai baju panas dan selimut adalah sangat berbahaya apabila anda demam kerana boleh membuatkan suhu badan anda menjadi semakin tinggi.

4. Perhatikan makanan berbuka dan sahur

Anda boleh memasukkan buah-buahan ke dalam menu berbuka puasa atau sahur anda seperti tembikai dan oren. Buah-buahan ini kaya dengan kandungan vitamin C, yang boleh melawan jangkitan dan mengurangkan demam.

Buah-buahan ini juga akan memenuhi keperluan cecair tubuh anda. Elakkan makanan berat yang berminyak dan berlemak seperti makanan bergoreng semasa berbuka puasa. Anda juga harus mengelakkan makanan pedas untuk sementara waktu.

5. Ubat

Demam dengan suhu yang tidak terlalu tinggi dan tidak berlangsung lama biasanya tidak memerlukan ubat demam. Namun, untuk mengatasi ketidakselesaan badan, ada beberapa ubat demam yang boleh dibeli tanpa preskripsi di farmasi. Gunakan ubat ini jika demam 38 darjah Celsius atau lebih.

Anda boleh memilih parasetamol, ibuprofen, aspirin,atau antibiotik. Perhatikan label bungkusan atau anda boleh bertanya mengenai butiran ubat kepada ahli farmasi. Anda boleh mengambil ubat ketika waktu berbuka puasa atau sahur. Disyorkan untuk menemui doktor jika suhu demam semakin tinggi atau tidak bertambah baik selepas tiga hari.






P/S: Moga sakit ini cepat sihat dan dapat jalani ibadah puasa dengan lebih sihat dan kuat. 


14 comments:

  1. Moga segera kebah ya Sis..PC dan en suami batuk pulak..Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @PC, sebab tu tak sempat nak blogwalking, baca dari hp je entri kawan=kawan...
      Moga PC juga segera sembuh ya ...

      Delete
  2. gws ye kak, klu dana bt masa ni tak pernah lg kene demam time puasa... tp klu tak sihat time tgh puasa selalu dana lbh prefer tido je hehehe... bangun2 dh buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr @Norhidana, time puasa selalu sangat Sis kena demam batuk selesema, nanti kena time raya pulak, memang menduga betul...

      Delete
  3. allahu semoga cepat sembuh sis dan dapat sempurnakan puasa sebulan ramadan ni ,,, dengar demam ni seram, last demam dulu x dapat nak bangun huuu,, dgn pakej sakit kepala,, Allah jerr yang tahu,, :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Wani...nak taknak kena kuat juga ni, kalau time Sahur paling risau, sebab takut tak larat nak bangun...tapi alhamdulilah....kena kuat!

      Delete
  4. Tips yang berguna sis.. Kita tgh demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Farah, sama-samalah kita cepat sihat ya...

      Delete
  5. tips menarik.. semoga cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  6. memang perit wo kalo demam masa puasa...dah la kena makan ubat ikut masa, nak tak nak kena makan masa sahur dan masa berbuka aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr..buat masa ni susu kurma farm fresh tu je pembuka selera waktu sahur @Sunah, lain-lain tak boleh nak telan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.