HOTEL PERDANA : HOTEL TERBAIK DI KOTA BHARU KELANTAN

HOTEL PERDANA : HOTEL TERBAIK DI KOTA BHARU KELANTAN | Sebut aje Kelantan, dialek atau loghat bahasanya memang yang lain dari yang lain, makanan tradisinya yang enak, budayanya yang menarik dan tempat yang bersejarah serta menarik yang harus dilawati menjadikannya salah satu antara tempat di Kelantan yang mesti korang lawati.

Siapa sangka selepas mengalami proses renovasi besar-besaran beberapa tahun lepas, kini hotel ini tampil dengan membawa imej baru dan identiti unik negeri Kelantan. Memandangkan ia dibuka pada bulan Ogos 2013 yang lalu, semua kemudahan termasuklah perabot, pelbagai fasiliti, bilik, katil, karpet tandas, kolam dan pelbagai lagi masih lagi baru dan bersih. Jadi, keselesaannya memang sangat-sangat terjamin.

Baru-baru ini Sis dan group blogger dan media lain berkesempatan mengikuti program bersama Tourism Malaysia ke Kelantan dan berpeluang menginap di Hotel Perdana ini selama sehari semalam. Ini adalah kali kedua Sis menginap di sini. Kali pertama dulu sewaktu bersama family, tahun 2014 tak silapnya. Ketika itu Hotel Perdana ini baru di naik tarif dan telah di istiharkan hotel lima bintang oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM.

Mengapa Sis katakan ianya terbaik? 




1. Tempat Yang Strategik 

Hotel yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad dan diuruskan oleh PNB Management Servis Sendirian Berhad (anak syarikat PNB) ini adalah mercu tanda terbaru Kota Bharu. Ia dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2013 yang lalu setelah dibuat renovasi yang menyeluruh. Hanya terdapat 2 buah hotel bertaraf 5 bintang di Kelantan iaitu Hotel Renaissance, dan terbaru ialah Hotel Perdana. Hotel Perdana akan menjadi ‘landmark’ utama Kota Bharu buat masa ini dan masa akan datang. Dari segi harga pula, hotel ini jauh lebih murah. 

 Terletak betul-betul di tengah bandar Kota Bharu menjadikan hotel ini senang untuk diakses. Jarak antara lapangan terbang Sultan Ismail Petra ke hotel ini hanyalah 9.6 km dengan mengambil masa selama hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta. 

2. Pilihan Bilik, Kemudahan Dan Juga Servis 

Hotel ini tampil dengan rekabentuk bangunan yang unik dengan sentuhan gabungan moden dan klasik. Terdapat dua bahagian iaitu eksekutif dan klasik. Suasana di bahagian dalam juga sangat mengujakan dengan terdapatnya kolam mandi yang agak luas di tengah-tengah hotel.

Hotel ini menawarkan pilihan beberapa jenis bilik mengikut bajet dan citarasa anda. Terdapat 2 wing bangunan penginapan di sini iaitu Sayap Klasik dan Sayap Eksecutive.

Sayap Klasik : Ada beberapa kategori bilik di Sayap Klasik ini:

Deluxe Classic
6 Accessible rooms
Premier
Deluxe Premier
Deluxe Suite

Kami telah dibawa untuk meninjau kesemua bilik hotel ini. Ia dimulakan di sebelah Sayap Klasik dalu. Kami melawat bilik Deluxe Premier yang sememangnya bersaiz agak besar. Sesuai untuk penginapan keluarga yang sederhana. Dua jenis bilik lagi di Sayap Klasik ini yang sempat kami lawati ialah Premier Classic dan Deluxe Classic. Walaupun kedua jenis bilik ini sedikit kecil dari Deluxe Premier, ia amat selesa dan sungguh tenang.

Dan yang menjadi perhatian kami semua, ini adalah hotel pertama yang Sis sendiri pernah menginap yang menyediakan peralatan/kemudian untul solat, iaitu telekung, sejadah dan juga kain pelikat. 




Sayap Eksekutif : kategori bilik di Sayap Eksekutif pula terdiri daripada:

Perdana Executive
Perdana Suite
PResidential Suite
The Royal Suite

Bilik-bilik di wing sebelah sini lebih eksklusif. Kami sempat melawat Perdana Suite. Memang amat berlainan dari bilik-bilik sebelah Sayap Klasik tadi. Bilik ini adalah bilik mewah. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bilik tidur, ruang tamu dan sudut kerja. Bilik ini dilengkapi dengan LCD TV berukuran 40″ dan internet percuma di samping segala kemudahan lain seperti bilik-bilik di Sayap Klasik tadi.

Selepas itu kami dibawa ke bilik Presidential Suite. Bilik yang cukup mewah. Bilik yang bersaiz 113 meter persegi ini menawarkan pemandangan indah bandar Kota Bharu. Luas dan cukup mewah. Bilik tidur utama dilengkapi dengan katil bersaiz King. 

Ada bilik tidur kedua yang dilengkapi dengan katil berkembar dan bilik air. Bilik Solek pun ada disediakan di ruang tamu. Lain-lain termasuklah ruang tamu, meja makan bersaiz besar, peti ais, microwave, dan lain-lain kemudahan asas yang perlu ada.





Dari segi servisnya pula, semua pekerja dari peyambut tetamu, room servicenya, juga pelayan cafe dan pekerja-pekerja hotel ini semua ramah mesra alam betul. Termasuklah Pengurus Komunikasi Pemasaran iaitu Pn Nik Adura Zuliana. Mereka sentiasa melemparkan senyuman yang manis dan memberi layan yang first klas gitu!. Susah benar nak jumpa wajah yang masam dan monyok di sini. Memang semua ramah tamah semuanya . 


3. Kemudahan 

Di Hotel Perdana juga di lengkapi dengan bilik gym dan jakuzzi juga. Dan semestinya swimming pool yang memang menjadi daya tarikan pengunjung. Pelbagai jenis alat senaman di bilik gym yang boleh korang guna selama 24jam di buka. Dan juga jakuzi yang boleh di guna di luar berdekatan dengan swimming pool. 





4. Cafe & Restoran 

Bercuti di Kelantan jika tidak mencuba makanan tempatan seperti nasi kerabu memang tak sah. Tak perlu ke mana-mana untuk menikmati juadah tersebut. Restoran yang ada di hotel ini memang antara restoran yang terbaik dari segi masakan, menu dan layanan. Menu yang disajikan mengggabungan ‘western’ dan ‘local food’ pasti memberi anda kepuasan. Apatah lagi terdapat 5 buah restoran yang boleh anda nikmati seperti Cerana Cofee House (Restoran utama menyediakan ‘western’ dan ‘local food’), Jade Restaurant (Masakan China-Thai), Eleven Restaurant (Menjamu selera dengan pemandangan bandar Kota Bharu di tingkat paling atas hotel), Rebab Cafe ( kafe di lobi hotel yang menyediakan hidangan teh, kopi dan kek) dan Anjung Terrace (nikmati waktu petang di hotel dengan minuman dan makanan ringan di tepi kolam). 

Melihat kepada menu dan juadah yang disediakan, ia pasti membuka selera korang. Tidak perlu mencari makanan diluar hotel, semua di sini antara yang terbaik belaka.






5) Persekitaran Hotel

Jika menginap di hotel ini, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke Stadium Sultan Muhammad IV, Bazar Tok Guru dan Kelantan Trade Center (KTC). Walaubagaimanapun, anda masih perlu menaiki kenderaan untuk ke tempat utama pelancongan utama seperti Pasar Siti Khadijah, Kota Sultan Ismail, Muzium Kraftangan dan Wakaf Che Yeh kerana jaraknya lebih kurang 1-3KM.

Hotel ini telah mendapat nilaian/review tertinggi daripada booking.com kerana telah mendapat 8.6 markah review daripada pengunjung yang pernah menginap di sini. Ini menjadikannya Hotel yang terbaik di bandar Kota Bharu khusunya dan terbaik di Kelantan secara amnya.




Dan...inilah bilik yang Sis dan Sunah menginap pada masa tu. Sangat-sangat selesa okay! Semua kemudahan lengkap tersedia. Cuma kami berdua tidak guna telekung yang disediakan, sayang nak guna, lagipun kami bawa telekung masing-masing. Kami guna sejadahnya aja. 

Terima kasih Hotel Perdana. One day kami akan datang kembali lagi ..


Oh ya, Hotel Perdana juga akan adakan Buffet Ramadhan 2019 yang akan datang, so siapa nak berbuka di sana, bolehlah hubungi no di bawah ini ya. 

Anda boleh mengikuti perkembangan Hotel Perdana di:






P/S: Pertama kali menginap di Hotel di sambut dengan buah tangan dan ucapan kedatangan di atas meja macamtu. Bagi Sis satu penghargaan sepanjang bergelar blogger. Orang lain mungkin berkali-kali, tapi bagi Sis, ini adalah pertama kalinya. Terima kasih Hotel Perdana! 


HOTEL PERDANA : HOTEL TERBAIK DI KOTA BHARU KELANTAN HOTEL PERDANA : HOTEL TERBAIK DI KOTA BHARU KELANTAN Reviewed by Sis Lin on Thursday, May 02, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. paling tak boleh lupa, kenangan manis sampai bila2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Sunah...terima kasih juga sudi menerima dengkuran ku yaaa....maaf jika mengganggu tidurmu hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Sangat @Farah, buka mewah aje tapi kaya dengan senyuman....

      Delete
  3. Besarnya.. Boleh main kejar-kejar dalam bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Aisya, kalau datang ke Kelantan bolehlah stay di Hotel Perdana ni, memang puashati ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.